Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EWAiCqkXsAAcUYT (2)

Maklumat Terbaharu Mengatakan Takuk Face ID Pada iPhone 12 Tidak Mengecil

Diterbitkan Ogos 7, 2020 · Dikemas kini Ogos 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Semakin lama kita semakin menghampiri tarikh pelancaran iPhone 12 dan sudah tentu ada laporan serta maklumat terbaharu yang akan dikeluarkan mengenai peranti ini.

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Apple sedang membangunkan paparan iPhone 12 dengan takuk yang lebih kecil berbanding model-model sebelumnya.

Tidak disangka, satu maklumat terbaharu mengatakan ia tidak akan terjadi, malah saiz takuk yang memuatkan Face ID tersebut sama sahaja saiznya.

https://twitter.com/laobaiTD/status/1291399084121546754

Gambar ini yang dimuat naik ke internet telah dikongsi dengan kapsyen gambar “Same Face iD Size” memberi petunjuk bahawa apa yang diharapkan selama ini tidak akan tercapai.

Namun seperti yang diketahui, iPhone 12 mempunyai 4 model (iPhone 12, 12 Max, 12 Pro, 12 Pro Max)dan disebabkan kapsyen tersebut tidak memberi gambaran jelas iPhone yang manakah pemilik panel skrin itu.

Laporan pada bulan April lalu memperlihatkan Apple cuba untuk mengecilkan takuk dengan membawa komponen pembesar suara ke atas.

Image

Buat masa ini, kedua-dua laporan ini (takuk kecil atau tidak) berada dalam fasa spekulasi. Selagi tiada laporan lain yang menguatkan maklumat terbaharu ini, anggap sahajalah ia sebagai khabar angin kecil sahaja.

Dari: Mr-white

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY