Rekaan Skematik iPhone 12 Perlihatkan Rupa Takuk Peranti Yang Lebih Kecil

Akhirnya. Harapan untuk melihat iPhone dengan rekaan takuk yang lebih kecil semakin tercapai. Umum mengetahui iPhone X hadir dengan rekaan takuk pertama untuk jenama Apple. Rekaan ini kemudiannya diguna pakai untuk tiga tahun berturut-turut membuatkan peminat Apple merasa bosan melihat takuk yang besar sebegini.

Ada yang berharap pada tahun 2019 iPhone 11 hadir dengan takuk yang lebih kecil. Namun harapan mereka tidak tercapai kerana Apple masih lagi menggunakan rekaan yang sama.

Hari ini, kita telah diperlihatkan dengan rekaan skematik iPhone 12 yang mana jika anda pernah berharap akan sebuah iPhone dengan rekaan takuk yang lebih kecil, inilah peranti tersebut.

Image

Pada rekaan tersebut, ia menunjukkan rekaan komponen iPhone 12 yang kali ini lebih kompak. Jika anda bertanyakan apakah rahsia kejayaan Apple mengubah rekaan ini, puncanya adalah disebabkan komponen mikrofon yang telah dialihkan ke bahagian atas dan bukan lagi sejajar dengan komponen Face ID. Selain itu, mikrofon juga tidak kelihatan mungkin posisinya telah diubah ke kawasan lain.

iPhone X review: The best damn product Apple has ever made | iMore

Rekaan takuk kecil ini dijangka akan hadir dalam siri iPhone 12. Peranti tersebut akan dilancarkan sekitar bulan September ini. Jika anda mahukan iPhone dengan takuk lebih kecil, sudah tiba masanya untuk anda menabung mulai sekarang.

Sumber: Jon Prosser