Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
magic keyboard

Magic Keyboard Anda Terima Kemas Kini Yang Jarang-Jarang Berlaku

Diterbitkan Januari 12, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda adalah pengguna komputer Apple Macintosh (Mac) atau aksesorinya, khususnya papan kekunci ‘Magic Keyboard’, anda mungkin tidak sedar peranti itu ada menerima kemas kini baharu.

Apple telah melepaskan kemas kini yang jarang berlaku kepada salah satu aksesori tertuanya itu. Magic Keyboard telah dikemas kini kepada Perisian Tegar (Firmware) Versi 2.0.6.

Ia adalah kemas kini keselamatan yang menampal kelemahan sambungan tanpa wayar Bluetooth. Berikut adalah model yang mendapat kemas kini tersebut:

  • Magic Keyboard
  • Magic Keyboard (2021)
  • Magic Keyboard with Numeric Keypad
  • Magic Keyboard with Touch ID
  • Magic Keyboard with Touch ID and Numeric Keypad

Jika anda mempunyai salah satu model ini, anda tidak perlu melakukan apa-apa untuk memasang kemas kini perisian tegar.

Menurut Apple, pemasangan akan berlaku apabila papan kekunci dipasangkan secara aktif dengan peranti yang menjalankan iOS, iPadOS, macOS atau tvOS.

Menurut nota keselamatan Apple, kemas kini itu membetulkan kecacatan yang boleh membiarkan penyerang merampas sambungan Bluetooth peranti anda:

  • Kesan: Penyerang dengan akses fizikal kepada aksesori mungkin boleh mengekstrak kunci pasangan Bluetoothnya dan memantau trafik Bluetooth
  • Penerangan: Isu pengurusan sesi telah ditangani dengan semakan yang dipertingkatkan.
  • CVE-2024-0230: Marc Newlin dari SkySafe

Untuk menyemak versi perisian tegar Magic Keyboard anda, pastikan ia disambungkan ke Mac anda, kemudian pergi ke Settings > Bluetooth dan dalam bahagian My Devices, cari papan kekunci anda. Kemudian klik butang Info untuk melihat maklumat tentang peranti.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID
  • MEASAT Kini Penjual Sah Perkhidmatan, Perkakasan Starlink

Sumber: Macworld, Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY