Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic7 Pro-1

HONOR Magic 8 Mini Dijangka Hadir Tak Lama Lagi, Guna Dimensity 9500

Diterbitkan Julai 14, 2025 · Dikemas kini Julai 14, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR dilaporkan bakal melancarkan Magic 8 Mini, telefon andalan bersaiz kompak yang dijangka diperkenal bersama Magic 8 dan Magic 8 Pro pada Oktober ini. Peranti ini dikatakan hadir dengan paparan LTPO AMOLED 6.31 inci, rekaan skrin rata dan bezel nipis, namun tetap mengekalkan spesifikasi yang tinggi.

Magic 8 Mini dijangka menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500, menjadikannya bukan sekadar versi kecil, tetapi benar-benar berkuasa.

Screenshot 2025-07-14 at 3.46.51 PM

Sementara itu, model lain dalam siri ini dilapor menggunakan Snapdragon 8 Elite 2, kamera utama baharu, telefoto 200MP, pengecaman wajah 3D, dan bateri 7000mAh.

honor magic8 series

Walaupun masih belum pasti sama ada Magic 8 Mini akan dilancarkan di luar China, kehadirannya membuktikan yang HONOR turut mahu masuk dalam segmen peranti kompak memandangkan tidak banyak telefon Android yang menawarkan saiz sebegini.

Pesaingnya seperti vivo, sudah mula memperkenalkannya menerusi X200 FE.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • HONOR Magic V5, Telefon Pintar Boleh Lipat Ternipis Tapi Mampu Tampung Beban 35kg
  • HONOR Malaysia Tawar Hadiah Harman Kardon Untuk Prapesan Magic V5 Bermula 15 Julai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY