MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?

MacBook Pro yang dilancarkan Apple Inc. baru-baru ini telah mendapat naik taraf yang sepatutnya apabila cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 mula digunakan. Dengan tetapan terbaik, pengguna boleh mendapatkannya dengan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed asas 2.9GHz dan storan SSD sehingga 4TB.

Apple MacBook Pro 2018 Hadir Dengan Kejutan – Skrin, Sistem Cip & Memori Dinaiktaraf

Dengan tetapan sebegitu, MacBook Pro 2018 boleh menjadi antara komputer riba pilihan untuk tahun ini dengan masalah seperti papan kekunci yang bising dan 'terlekat' sudah diperbaharui. Namun terdapat seorang YouTuber, Dave 2D telah mendapati MacBook Pro 2018 miliknya mempunyai masalah haba yang tinggi semasa digunakan.

https://youtu.be/Dx8J125s4cg

Masalah tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi MacBook Pro tersebut sehinggakan clockspeed asas diturunkan bagi mengawal suhu dalaman MacBook. MacBook pada hari ini tidak mempunyai sistem penyejukan menggunakan kipas seperti komputer riba lain dan hanya mengharapkan casis aluminium bagi memindahkan suhu ke luar.

Dave 2D seterusnya meletakkan MacBook Pro 2018 di dalam peti sejuk beku dan mendapati prestasi peranti itu dapat dipertingkatkan daripada prestasi normal. Setakat ini tidak dapat dipastikan lagi adakah masalah ini hanya melibatkan MacBook Pro Dave Lee atau semua.

Memandangkan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed 2.9GHz merupakan cip berprestasi tinggi, Apple sepatutnya menghasilkan sistem penyejukan baharu yang dapat menampung beban haba yang dihasilkan oleh cip tersebut seterusnya memberikan pengalaman penggunaan profesional yang menyeluruh kepada siri MacBook Pro mereka.