Namun bukan itu pengguna MacBook Pro nantikan kerana versi MacBook Pro sebelum ini terpalit isu lain yang lebih memeningkan mereka; papan kekunci. Apple Inc memperkenalkan suis papan kekunci terbaru mereka, Butterfly keyboard pada tahun 2015.
Sejak generasi pertama papan kekunci ini diperkenalkan, kebanyakkan pengguna merungut yang papan kekunci mereka tidak lagi berfungsi dengan baik. Apple Inc. juga telah memperkenalkan program penggantian papan kekunci percuma bagi model-model terpilih sahaja.
Masalah ini dipercayai berpunca daripada habuk yang memasuki suis butterfly dan kerana ruang suis yang begitu kecil, menyukarkan lagi kerja-kerja pembersihan dibuat.
Apple Inc. menyelesaikan masalah ini dengan meletakkan lapisan silikon halus di sekeliling suis tersebut bagi menghalang habuk dari memasuki ke kawasan suis. Paten Apple sebelum ini menerangkan perkara yang sama mengenai cara mereka menangani masalah habuk untuk peranti MacBook mereka.
Mekanisma ini mungkin mempunyai membran atau gasket yang menghalang pencemar dari memasuki kawasan di bawah key caps.
Apple Inc. menghadapi beberapa saman dari pengguna mengenai isu papan kekunci butterfly mereka dan Apple sudah pun memperkenalkan program penggantian papan kekunci untuk model terpilih:
- MacBook (Retina, 12-inci, 2015)
- MacBook (Retina, 12-inci, 2016)
- MacBook (Retina, 12-inci, 2017)
- MacBook Pro (13-inci, 2016)
- MacBook Pro (13-inci, 2017)
- MacBook Pro (15-inci, 2016)
- MacBook Pro (15-inci, 2017)
Untuk menggantikan papan kekunci tanpa perlindungan warranti dari Apple, pengguna sekurang-kurangnya perlu membayar sehingga RM 2,800.
Sumber: Hothardware, MakeUseOf
Berkaitan
- Apple Keluarkan Kemaskini Membaik Pulih Masalah 'Throttling' MacBook Pro 2018
- Lenovo Malaysia Kenalkan ThinkPad P1 & P72 Untuk Golongan Profesional
- Apple Memfailkan Saman Terhadap Swatch Atas Sebab Slogan Pemasaran 'Tick Different'
- DxO Menguji Sensor Kamera Dron DJI, GoPro.
- Valorant Mobile Dalam Proses Pembangunan, Akan Diumum Jun Ini
- Apple Watch 3 Dalam Fasa Terakhir Ujian Menjelang Pelancaran
- Apple Dijangka Kehilangan RM 40 Bilion Daripada Program Penukaran Bateri
- Lampu Pintar Ikea Akan Berintegrasi Dengan Pembantu Digital Google, Apple dan Amazon
- Penggodam Mengancam Akan Menggodam Sejuta Peranti Apple
- Promosi Hari Malaysia Bagi Rangkaian Komputer Riba TUF ASUS