Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro M5

MacBook Pro 14 Inci Baharu Rasmi — Dikuasakan Cip M5, Prestasi AI Dan Bateri Dipertingkat

Diterbitkan Oktober 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple memperkenalkan MacBook Pro 14 inci baharu yang kini dikuasakan oleh cip M5, membawa peningkatan besar dalam prestasi, grafik, dan keupayaan kecerdasan buatan (AI). Dengan seni bina cip generasi baharu ini, Apple menjanjikan lonjakan ketara dalam produktiviti dan kecekapan tenaga untuk pelbagai jenis pengguna.

Cip M5 menampilkan GPU 10-teras dengan Neural Accelerator pada setiap teras, memberikan prestasi AI sehingga 3.5 kali lebih pantas dan grafik sehingga 1.6 kali lebih laju berbanding MacBook Pro M4.

Ia turut menampilkan CPU baharu dengan teras prestasi terpantas di dunia, serta Neural Engine 16-teras yang lebih pantas dan cekap tenaga. Jalur lebar memori juga meningkat kepada lebih 150GB/s, membolehkan aplikasi besar dan model AI dijalankan terus di dalam peranti tanpa bergantung kepada awan.

MacBook Pro 14 Inci Baharu Rasmi — Dikuasakan Cip M5, Prestasi AI Dan Bateri Dipertingkat

Selain prestasi, MacBook Pro M5 turut mengekalkan jangka hayat bateri sehingga 24 jam, menjadikannya antara komputer riba profesional paling tahan lama di pasaran. Sokongan SSD lebih pantas pula mempercepatkan proses seperti mengimport fail RAW atau mengeksport video resolusi tinggi.

Paparan Liquid Retina XDR dengan pilihan kaca nano-tekstur, kamera 12MP Center Stage, sistem audio enam pembesar suara, dan port sambungan lengkap menjadikan pengalaman penggunaan lebih menyeluruh. Ia juga menyokong ciri Apple Intelligence dalam macOS Tahoe, yang menambah kebolehan AI secara menyeluruh pada sistem operasi.

MacBook Pro 14 inci dengan M5 ditawarkan dalam warna space black dan silver, dengan harga bermula RM6,999.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPad Pro Baharu Diperkenal - Cip M5, Rekaan Lebih Nipis
  • Cip M5 Tawar Kuasa AI 6 Kali Lebih Pantas, Kini Dalam MacBook Dan iPad Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY