Mac mini Dengan Cip M1 Turut Diumumkan - 60% Lebih Cekap Tenaga

Menerusi acara Apple sebentar tadi, syarikat itu telah mengumumkan cip M1, MacBook Air serta MacBook Pro 13 inci baharu. Selain itu, Apple turut memperkenalkan Mac mini baharu, iaitu PC desktop dengan rekaan ultra kompak.



Mac mini baharu ini dimuatkan dengan cip M1, iaitu cip buatan Apple yang berasaskan ARM. Menerusi cip ini, ia menampilkan 8 teras CPU dengan prestasi 3 kali lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

8 teras GPU pula memberikan peningkatan prestasi grafik 6 kali lebih baik, yang membolehkan tugasan berat seperti 3D rendering boleh dilakukan dengan lebih mudah.

harga mac mini malaysia

Machine Learning melalui 16 teras Neural Engine turut mempunyai prestasi sehingga 15 kali lebih pantas berbanding sebelumnya. Mac mini ini juga mempunyai kecekapan tenaga sehingga 60% lebih baik.

Ia didatangkan dengan sokongan sehingga dua paparan termasuk Apple Pro Display XDR dalam resolusi 6K, serta Wi-Fi 6 dan Secure Enclave.

harga mac mini malaysia

Antara lain yang dimuatkan pada Mac mini adalah port HDMI 2.0, Ethernet, dua port USB-A, dua port Thunderbolt/USB 4 serta bicu audio 3.5mm.



Mac mini baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM2,999 untuk pasaran Malaysia.