Macbook Air Dengan Cip Apple M1 Diperkenalkan, Ketahanan Bateri Sehingga 18 Jam - Harga Bermula RM4,399

Dengan pengumuman cip terbaharu Apple M1, Apple turut sama memperkenalkan produk komputer yang menggunakan cip ini melalui MacBook Air terbaharu.



Dengan MacBook Air M1 ini, ia secara tidak langsung telah menggantikan model MacBook Air yang diumumkan pada Mac tahun ini.

MacBook Air hadir dengan rekaan senyap tanpa kipas. Ini adalah disebabkan kecekapan tenaga oleh cip M1 yang berasaskan ARM. Dengan menggunakan cip ini, MacBook boleh dihidupkan serta-merta seperti sebuah telefon pintar dan juga menawarkan prestasi jauh lebih pantas berbanding model sebelumnya.



Dari segi spesifikasi, MacBook Air hadir dengan skrin Retina Display 13.3 inci dengan kalibrasi warna P3, RAM sehingga 16GB, dan juga storan dalaman sehingga 2TB.



Padanya juga terdapat Touch ID, papan kekunci Magic Keyboard, Thunderbolt / USB 4 serta turut menawarkan ketahanan bateri sehingga 18 jam.



Bersama-sama cip M1, MacBook Air turut menawarkan kualiti kamera web lebih berkualiti dan dipertingkatkan.



Menerusi laman rasmi Apple Malaysia, MacBook Air terbaharu ini dijual dalam 2 pilihan iaitu RM4,399 untuk storan 256GB / 7 teras GPU dan juga RM5,399 untuk storan 512GB / 8 teras GPU.

Buat masa ini MacBook Air ini belum lagi boleh dibeli untuk pengguna di Malaysia sehingga tarikh yang diberitahu kelak.

Rujukan: Apple

Berkaitan