Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LOKATAG Pro

LOKATAG Pro, Peranti Pembaca Tol Dengan Kamera Dan GPS Terbina Berharga RM1,799

Diterbitkan Januari 30, 2024 · Dikemas kini Januari 30, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat tempatan, Amtel Digital Sdn. Bhd baru-baru ini telah melancarkan penyelesaian baharu kepada sistem pembayaran tol dengan melancarkan LOKATAG.

LOKATAG ialah sistem pembayaran tol pintar yang dinaik taraf. Ia adalah peranti pembaca tol terbina yang menjadikannya lebih mudah bagi pembaca tol elektronik untuk mengesan kenderaan apabila  melalui lorong bertol supaya anda dapat menikmati perjalanan yang lancar.

LOKATAG dilengkapi dengan ciri-ciri yang memberi anda perjalanan yang lebih lancar melalui tol elektronik.

Ia membolehkan tol mengesan kad anda dari jauh dan pantas. Sekali gus anda tidak perlu berhenti seketika untuk memastikan pembaca kad dapat mengesan kad anda, menjadikan perjalanan anda lebih cepat.

Selain itu, LOKATAG dilengkapi dengan ciri terbina untuk kemudahan mengurus kad anda. Malah tiada penggantian bateri diperlukan.

Ia dipasang ke dalam kenderaan anda, jadi anda tidak perlu lagi bimbang jika ia akan kehabisan kuasa apabila anda memerlukannya serta selamat daripada insiden kecurian.

LOKATAG juga mampu mengesan sama ada ia mempunyai kad di dalamnya dan mengesan jumlah kredit yang terdapat di dalam kad.

Sebagai contoh, apabila kad di LOKATAG mempunyai jumlah kredit yang rendah di bawah RM10, ia akan memberikan amaran kepada pengguna.

Tetapi kini, Amtel menaik tarafnya dengan menawarkan LOKATAG Pro, yang bukan sahaja sebagai pembaca kad tol terbina, tetapi juga kini dengan fungsi tambahan yang mengintegrasikan kamera papan pemuka (dashcam).

LOKATAG Pro, Peranti Pembaca Tol Dengan Kamera Dan GPS Terbina Berharga RM1,799

Malah LOKATAG Pro kini dilengkapi ciri:

  • Rakaman video langsung
  • menyokong eSim 4G
  • tersambung dengan aplikasi LOKA
  • gesaan suara AI
  • GPS terbina
  • SOS kecemasan
LOKATAG PRO
LOKATAG Pro, Peranti Pembaca Tol Dengan Kamera Dan GPS Terbina Berharga RM1,799
Amtel menawarkan kos pemasangan LOKATAG pada harga RM1 sahaja dari peniaga sah. Menjadikan kos keseluruhan peranti termasuk pemasangan hanya RM500 sahaja.

LOKATAG boleh dibeli dari stor rasmi di Shopee yang berharga dari RM499. Untuk versi LOKATAG Pro pula, prapesanan sudah pun dibuka di laman rasmi LOKATAG  yang berharga RM1,799.

Aplikasi LOKA boleh dimuat turun dari Google Play dan AppStore.

Beli LOKATAG dari stor rasmi di:

Shopee – https://invl.io/clknmgh

Lazada – https://invol.co/clknmgd

Berkaitan

  • Dakwaan Telefon Digodam Selepas Imbas Tag RFID Adalah Tidak Benar
  • Acer Swift Go 14 AI PC Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3599
  • Siri realme 12 Pro 5G Dilancarkan Dengan 64MP Kamera Periskop

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY