Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logitech G502 HERO, Naik Taraf Dari Lagenda G502?

Logitech G502 HERO, Naik Taraf Dari Lagenda G502?

Diterbitkan Oktober 8, 2018 oleh Wiser MY

Logitech telah melancarkan produk tetikus terbaru mereka, G502 HERO. Jika mereka yang sudah mengenali Logitech, G502 merupakan tetikus gaming yang cukup dikenali di kalangan pengguna. Tetikus ini mempunyai beberapa versi sebelum ini yang dipanggil G502 Proteus Core dan G502 Proteus Spectrum. Yang membezakan antara keduanya hanyalah G502 Proteus Spectrum menampilkan lampu RGB di tetikus tersebut.

Logitech G502 HERO, Naik Taraf Dari Lagenda G502?

Datang G502 HERO dimana Logitech melengkapi sensor terbaru HERO (High Efficiency Rated Optical). Logitech mendakwa sensor 16K itu adalah sensor paling berprestasi tinggi dan tepat yang boleh didapati di dalam pasaran ketika ini.

Ia juga menampilkan algoritma penjejakan terbaru yang memberikan hasil jejakan yang tepat dan lancar dalam lingkungan 16,000 DPI.

Satu lagi tambah baik yang diberikan adalah suis mekanikal Omron. G502 Hero menggunakan suis mekanikal Omron yang mampu bertahan sehingga 50 juta clicks berbanding 20 juta untuk model terdahulu.

Logitech G502 HERO, Naik Taraf Dari Lagenda G502?

Selain itu, Logitech mengekalkan reka bentuk asal tetikus G502 mereka dengan pemberat yang boleh diubahsuai terletak di bahagian bawah tetikus. Logitech G502 HERO sudah boleh didapati di laman sesawang Logitech dengan harga RM 369.00

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY