Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lockheed Martin Vectis

Lockheed Martin Perkenal Dron Tempur Halimunan Vectis™

Diterbitkan September 30, 2025 oleh ariff bukhari

Lockheed Martin Skunk Works® telah memperkenalkan Vectis™, sebuah dron tempur kolaboratif (CCA) Kumpulan 5 yang direka untuk misi dominasi udara masa depan bagitentera AS dan sekutunya.

Vectis menampilkan dron yang boleh dimodifikasi mengikut kesesuaian operasi hasil gabungan kepakaran Lockheed Martin dalam sistem autonomi dengan Skunk Works melabur untuk seni bina dan tenaga kerja bagi pembangunan pesawat tersebut.

Pesawat ini direka untuk beroperasi bersama pesawat generasi kelima seperti F-35 dan pesawat masa depan bagi menyokong pelbagai misi termasuk serangan tepat, pengintipan, peperangan elektronik dan operasi serangan dan pertahanan udara.

Lockheed Martin berkata, dengan keupayaan jarak operasi yang luas, Vectis sesuai untuk digunakan di rantau Indo-Pasifik, Eropah dan Timur Tengah.

Dari segi kejuruteraan, Vectis dibangunkan dengan ciri halimunan (anti radar) terkini yang dibangun dengan kaedah pembuatan digital yang lebih kos efektif.

Lockheed Martin memaklumkan, pembangunan dron tempur ini kini sedang dilaksanakan dengan menyasarkan untuk membina dan menerbangkan Vectis dalam tempoh dua tahun lagi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Orbit Bumi Makin Sesak, India Rancang Lancar 50 Satelit Pengawal
  • Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik
©2026 WISER.MY