Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Loceng Basikal Ini Direka Khusus Untuk Atasi Pengguna Fon Kepala ANC

Loceng Basikal Ini Direka Khusus Untuk Atasi Pengguna Fon Kepala ANC

Diterbitkan April 10, 2026 oleh ariff bukhari

Salah sebuah syarikat automotif tertua di dunia dari Republik Czech, Škoda telah memperkenalkan DuoBell, loceng basikal yang mampu menembusi sistem fon kepala dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC).

Penghasilan loceng basikal ini bertujuan bagi mengatasi pejalan kaki yang tidak mendengar loceng basikal biasa kerana memakai fon kepala ANC yang menapis bunyi sekitar, menyebabkan risiko kemalangan semakin meningkat.

Menurut data daripada Transport for London, bilangan insiden melibatkan penunggang basikal dengan pejalan kaki meningkat sebanyak 24%.

Loceng Basikal Ini Direka Khusus Untuk Atasi Pengguna Fon Kepala ANC
Reka bentuk DuoBell ini diinspirasikan bahasa “Modern Solid” Škoda, selari dengan warisan syarikat yang bermula sebagai pengeluar basikal lebih 130 tahun lalu.
Loceng Basikal Ini Direka Khusus Untuk Atasi Pengguna Fon Kepala ANC

Direka bersama saintis Universiti Salford, DuoBell menghasilkan frekuensi khas 750–780 Hz yang sukar ditapis oleh algoritma ANC.

Ujian Škoda bersama penghantar makanan Deliveroo di London membuktikan keberkesanan DuoBell, malah mereka enggan memulangkan prototaip.

Loceng Basikal Ini Direka Khusus Untuk Atasi Pengguna Fon Kepala ANC
Loceng Basikal Ini Direka Khusus Untuk Atasi Pengguna Fon Kepala ANC

 

 

Jadi, dengan hadirnya DuoBell, ia menawarkan solusi analog yang bijak untuk masalah digital, sekaligus memperkukuh keselamatan trafik di dalam bandar.

Berkaitan

  • Brembo Masuk Dunia Basikal, Sasar Perlumbaan Dunia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Garmin Lancar Radar Pintar Untuk Keselamatan Penunggang Basikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY