Terbaru, LG telah memperkenalkan secara rasmi model V40 ThinQ mereka. Perkara utama mengenainya pastilah kehadiran lima lensa kameranya iaitu tiga kamera utama dan dua kamera hadapan.
Kredit : 9to5google
Kamera utama peranti berkenaan dilengkapi oleh 12MP f/1.5(lensa utama), 16MP f/1.9(super-wide-angle) dan 12MP f/2.4(telefoto/potrait). Berbeza dengan peranti tri-kamera utama yang lain, setiap lensa pada pada peranti akan bertindak sebagai tiga kamera berbeza, membolehkan tiga gambar berlainan ditangkap.
Manakala bagi kamera swafoto pula, ia akan hadir dengan gabungan lensa 8MP dan 5MP sudut luas bagi membolehkan swafoto dilakukan bersama dengan lebih ramai rakan-rakan.
Spesifikasi lain bagi peranti ini ialah penggunaan cip pemprosesan berkuasa tinggi Snapdragon 845, bateri berkapasiti 3,300mAh, 6GB RAM serta pensijilan IP68 sekaligus menjadikannya sebuah peranti kalis air dan habuk.
Kredit : TheVerge
Agak mengecewakan apabila LG V40 ThinQ ini masih menggunakan sistem operasi lama, Android 8.1 Oreo. Malah, LG juga menolak untuk memberi jangkaan waktu untuk V40 dan G7 menerima kemaskini Android 9 Pie.
LG V40 ThinQ ini dijual pada harga sekitar $900 di Amerika Syarikat dan LG Malaysia masih belum dapat mengesahkan tarikh ketibaan model ini di Malaysia ketika dihubungi oleh pihak kami.
Sumber : 9to5google
Berkaitan
- AMD Mendakwa LG, MediaTek, Sigma Design dan Vizio Mencuri Rekaan Mereka
- Huawei Jalankan Ujian EMUI 10 Android Q Keatas 11 Model Mereka
- Video Teaser Dari LG Membayangkan Peranti Kalis Air dan Debu untuk LG G6
- Imej LG V40 ThinQ Tersebar, Memaparkan Lima Kamera & Takuk Yang Tersembunyi (Kemaskini)
- Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini
- LG V40 Bakal Menjadi Telefon Pintar Dengan Lima Kamera Pertama Di Dunia
- Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite
- Barisan TV OLED LG Dibekalkan Dengan Sokongan NVIDIA G-Sync
- Huawei Mate 30 Pro, Masih Lagi Android?
- Google Melewatkan Pelancaran Android Wear 2.0 Ke Tahun Depan