Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skrin lg (1)

LG Tayang Skrin Elastik, Boleh Tarik Daripada 12 Inci Ke 14 Inci Tanpa Rosak

Diterbitkan November 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

LG menayangkan skrin boleh regang (stretchable) yang bersaiz 12 inci pertama di dunia. Ia boleh dipanjangkan, dilipat, dipulas tanpa rosak.

Paparan itu mempunyai 20% kadar regangan, mempunyai ketumpatan piksel setinggi 100PPI dan menyokong warna RGB.

skrin lg (2)

Skrin bersaiz 12 inci ini diperbuat daripada silikon yang digunakan pada kanta lekap, lantas membolehkannya ditarik hingga 14 inci.

Ia menggunakan micro-LED (lebih kecil daripada 40µm) untuk memaparkan cahaya. Ini menjadi salah satu faktor ketahanannya untuk menahan tekanan luaran.

Berkaitan

  • 'Trendsetter' Yang Gagal, Ini Punca Kejatuhan LG Mobile
  • Enam Telefon Nokia Yang Cetus Fenomena Dan Nostalgia
  • TV LG Yang Terbaru Akan Menambah Sokongan 'Cloud Gaming'
  • LG Berjaya Uji 6G Untuk Jarak Yang Lebih Luas, Ke Arah 1TB Sesaat
  • Apple Dijangka Akan Perkenal iPad Dengan Skrin Boleh Lipat Pada 2024
  • Skrin OLED LG Terima Pengiktirafan 'Perfect Black' Yang Pertama Dalam Industri
  • Mati Dalam 'Game', Mati Dalam Dunia Sebenar, VR Ini Boleh Bunuh Anda
  • 'YouTuber' Dari China DIY iPhone Jadi Peranti Boleh Lipat

Disebabkan sifatnya yang elastik, penggunaannya boleh diluaskan bukan hanya peranti elektronik, tapi juga dijangka untuk bidang fesyen, perabot, automobil, gaming dan lain-lain.

Untuk makluman, skrin stretchable ini adalah hasil projek R&D besar-besaran untuk Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga (MOTIE) Korea Selatan pada tahun 2020.

skrin lg (1)

Samsung juga pada beberapa tahun lama sudah juga pernah berkongsi skrin boleh lentur mereka.

Secara peribadi, kejayaan skrin berteknologi bebas bentuk ini kelak akan menjadi salah satu inovasi penting untuk tamadun manusia dalam ratusan dan puluhan tahun dulu.

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY