Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG OLED

Skrin OLED LG Terima Pengiktirafan ‘Perfect Black’ Yang Pertama Dalam Industri

Diterbitkan Oktober 21, 2022 · Dikemas kini Oktober 21, 2022 oleh ariff bukhari

Pengeluar panel skrin OLED terkemuka dari Korea Selatan, LG Display menjadi syarikat pertama di dunia yang menerima pengiktirafan ‘Perfect Black’ untuk panel skrin.

Pengiktirafan itu diberikan oleh UL Solutions iaitu sebuah badan peneraju keselamatan sains terkemuka di dunia.

Pengiktirafan itu diberikan kepada semua panel OLED LG yang bersaiz dari 42 inci sehingga 97 inci.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Panel skrin OLED LG itu mampu mencapai tahap hitam serendah 0.15 nit sekaligus lebih daripada 40% daripada apa yang ditetapkan untuk kriteria sesuatu panel itu boleh diiktiraf sebagai Perfect Black iaitu 0.24 nit.

Skrin OLED LG dilengkapi dengan teknologi piksel emisif sendiri yang boleh dikawal secara individu di mana ia berupaya meminimumkan kebocoran cahaya dan pantulan cahaya luaran dengan mematikan piksel untuk mencapai kontras hitam yang sempurna, sekaligus memberikan imej sebenar.

Setakat ini, panel skrin OLED dari LG untuk televisyen dan monitor sahaja yang menerima pengiktirafan Perfect Black untuk pelbagai keadaan.

Sumber: LG Display

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY