Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Melancarkan Monitor Permainan 5K2K Boleh Dilentur Pertama Di Dunia

LG Melancarkan Monitor Permainan 5K2K Boleh Dilentur Pertama Di Dunia

Diterbitkan Disember 30, 2024 ยท Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

LG Electronics (LG) memperkenalkan monitor permainan OLED premium dengan pelancaran siri LG UltraGear GX9 yang akan dipersembahkan di CES 2025, Januari akan datang.

Malah, Monitor Permainan Boleh Lentur OLED LG UltraGear (model 45GX990A) ini merupakan monitor OLED boleh dilentur dengan resolusi paparan 5K2K pertama di dunia.

Monitor bersaiz 45 inci ini boleh beralih dengan lancar daripada mod skrin rata sepenuhnya kepada mod melengkung 900R dalam beberapa saat sahaja.

photo3-UltraGear-GX9-45GX990A-Bendable (1)
LG UltraGear OLED Bendable Gaming Monitor (model 45GX990A)

“Siri UltraGear GX9 menetapkan standard baharu untuk monitor permainan OLED, menggabungkan teknologi paparan dengan ciri pintar yang mengembangkan dan meningkatkan pengalaman pengguna,” YS Lee, Naib Presiden dan Ketua Unit Perniagaan IT, LG Media Entertainment Solution.

Selain itu, LG turut menaik taraf ciri Dwi-Mod yang membolehkan pengguna bertukar dengan mudah antara pratetap resolusi dan kadar segar semula serta menyesuaikan nisbah aspek dan saiz gambar.

Dengan masa tindak balas 0.03ms (GtG) yang sangat pantas, 45GX990A memastikan permainan yang lancar dan rendaman yang lebih tinggi.

Sebelum ini, LG telah pun memperkenalkan model monitor dengan ciri paparan boleh lentur menerusi model LG OLED Flex.

Beli barisan monitor LG dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clm5hvy
  • Lazada – https://invol.co/clm5hw4

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Kajian: Bahan Kimia Kekal Ditemui Dalam Tali Jam Tangan Pintar Dan Penjejak Kecergasan
  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY