Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Malaysia Lancar Barisan TV Baharu, Harga Dari RM2,049

LG Malaysia Lancar Barisan TV Baharu, Harga Dari RM2,049

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh ariff bukhari

LG Malaysia mengumumkan barisan TV premium 2026 yang menampilkan model utama menerusi LG OLED evo W6.

Model terbaharu ini menonjol dengan reka bentuk tanpa wayar yang menghapuskan keserabutan kabel, sekali gus menjadikan ruang tontonan lebih kemas dan moden.

LG OLED evo W6 hadir dengan teknologi Zero Connect Box, membolehkan sambungan tanpa wayar antara peranti dan skrin, menjadikan pengalaman menonton lebih lancar dan bergaya.

Dikuasakan oleh K-technology inovatif, siri ini menawarkan kualiti paparan yang lebih tajam, warna lebih hidup, serta prestasi pintar yang disesuaikan dengan gaya hidup pengguna Malaysia.

IMAGE 1 (1)

Malah barisan TV LG 2026 kini lebih pintar dan mesra pengguna melalui ekosistem webOS berasaskan AI.

Ia berupaya mengecam suara pengguna secara individu (Voice ID) untuk syor kandungan peribadi, menyokong perbualan semula jadi menerusi integrasi Google Gemini, serta menampilkan AI Concierge untuk carian maklumat rancangan dan sukan secara live.

Semua fungsi ini dimudahkan lagi dengan AI Magic Remote baharu yang dilengkapi butang khas AI serta sistem kawalan tunjuk-dan-klik (point-and-click).

IMAGE 2 (7)
LG W6 direka bentuk ultra-nipis berukuran 9.95mm yang dilengkapi teknologi paparan tanpa wayar sebenar (*True Wireless*). Menerusi penyambungan Zero Connect Box yang boleh diletakkan sehingga 10 meter dari skrin. TV ini juga merupakan yang pertama di dunia menyokong pemindahan Isyarat 4K 165Hz secara tanpa wayar tanpa kehilangan kualiti (*visually lossless*) menerusi sokongan NVIDIA G-SYNC® dan AMD FreeSync Premium.
IMAGE 4 (1)
IMAGE 3 (2)
IMAGE 5

Barisan TV LG terbaru untuk tahun 2026 ini sudah boleh didapati di peruncit sah dan dalam talian termasuklah siri Nano 4K UHD mampu milik, LG QNED AI Mini LED, LG QNED evo AI Mini LED, LG Mini RGB evo, LG Micro RGB evo, LG OLED AI dan LG OLED evo AI.

Harga jualannya pula adalah bermula dari RM2,049 sehingga RM42,399.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi LG Products: TVs, Home Entertainment & Appliances | LG Malaysia.

Beli barisan TV LG terbaru 2026 ini dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnolpz
  • Lazada – https://invl.me/clnolq0

Berkaitan

  • LG Umum Laptop 17" Teringan Di Dunia Dengan GPU RTX
  • LG Perkenal Tandem OLED Generasi Ke-3, Mampu Bertahan Sehingga 15,000 Jam
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY