Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla_Business Insider

Tesla Hanya Dapat Jual Sebuah EV Sahaja Di Korea Selatan Bulan Lepas

Diterbitkan Februari 8, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh ariff bukhari

Tesla Inc. hanya berjaya menjual satu kenderaan elektrik (EV) mereka di Korea Selatan pada bulan Januari lalu.

Ia ekoran daripada pelbagai masalah termasuklah kebimbangan keselamatan, harga dan kekurangan infrastruktur pengecasan.

Ia adalah penjualan SUV Model Y terburuk sejak bulan Julai 2022, apabila pembuat kereta yang berpangkalan di Austin, Texas itu tidak menjual kenderaan sama sekali, menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul Carisyou dan kementerian perdagangan Korea.

Dari seluruh pengeluar kereta juga, bilangan EV baharu yang didaftarkan di Korea menunjukkan penurunan kepada 80% pada Januari dari Disember, menurut data Carisyou.

Pembuat kereta menghadapi kelembapan dalam penjualan untuk EV di Korea Selatan apabila kadar faedah dan inflasi yang lebih tinggi mendorong pengguna untuk mengekang perbelanjaan, manakala kebimbangan mengenai kebakaran bateri dan kekurangan pengecas pantas turut mengurangkan permintaan.

tesla model Y made in China
Tesla Model Y buatan China. Foto: xinhuanet

Jualan rendah Tesla pada Januari menandakan peralihan besar untuk jenama itu kerana Model Y buatan China itu adalah salah satu jualan teratas tahun lepas.

Menurut Lee Hang-Koo, ketua Institut Teknologi Konvergensi Automotif Jeonbuk, sesetengah orang kurang berminat dengan Tesla baru-baru ini selepas mengetahui sebahagian daripadanya dibuat di negara China.

Tambahan lagi, mereka bimbang dengan kualiti pembuatan kenderaan tersebut. Jualan EV Korea juga dipengaruhi oleh perubahan permintaan bermusim.

Ramai orang mengelak daripada membeli kenderaan pada bulan Januari kerana mereka mahu menunggu pengumuman kerajaan tentang subsidi, menurut Lee.

Dalam satu kenyataan kepada Bloomberg News, jurucakap Tesla di Korea berkata pengguna menangguhkan pembelian EV sebelum pengesahan subsidi.

Berkaitan

  • Jangan Pakai Apple Vision Pro Semasa Memandu - Apple
  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ
  • BYD Dilapor Akan Lancar Teknologi Pemanduan Pintarnya Sendiri Bulan Depan

Sumber: Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY