Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Bakal Tampil Dengan Skrin Paparan 8K OLED Yang Pertama Di Dunia

LG Bakal Tampil Dengan Skrin Paparan 8K OLED Yang Pertama Di Dunia

Diterbitkan Januari 2, 2018 ยท Dikemas kini Januari 2, 2018 oleh Wiser MY

Belum sempat paparan 4K dan HDR memasuki arus perdana sepenuhnya, pembuat paparan dari Korea Selatan, LG Display telah merancang untuk memperkenalkan teknologi OLED mereka yang didakwa mampu mencapai resolusi 8K di CES.

Jika benar, ini merupakan paparan 8K pertama yang dipasarkan untuk pasaran pengguna. Bukan saja resolusi 8K, LG juga bercadang untuk menayangkan skrin berukuran 88-inci di CES. Skrin OLED yang terbesar sebelum ini berukuran 77-inci dan hanya beresolusi 4K.

LG Bakal Tampil Dengan Skrin Paparan 8K OLED Yang Pertama Di Dunia

LG Display kini merupakan pembuat panel OLED terbesar di dunia dengan pesaing terdekat mereka, Samsung Display telah mengubah perhatian mereka kepada panel QLED.

LG Display telah melakukan pelaburan yang tinggi dalam pasaran panel OLED dan membawa momentum ini ke pasaran peranti yang lebih kecil pula seperti telefon pintar yang didominasi oleh Samsung.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY