Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition-1

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM7,499

Diterbitkan Disember 23, 2024 · Dikemas kini Disember 23, 2024 oleh Amsyar Latif

Lenovo hari ini membawa masuk penawaran komputer riba AI terbaru mereka menerusi Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition. Dengan tanda harga bermula RM7,499, ia sudah tersedia untuk dibeli pengguna tempatan.

Yoga Slim 7i Aura Edition hadir dengan dua pilihan pemproses, iaitu Intel Core Ultra 7 258V atau Intel Core Ultra 7 256V. Dipadankan bersama memori 16/32GB dwi saluran 8533MHz dan storan dalaman PCIe Gen 4 M.2 512GB atau 1TB.

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition-4
Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition-2

Paparannya adalah seluas 15.3 inci beresolusi 2880×1800 (2.8k) OLED atau IPS dan berkadar segar semula 120Hz. Ia bernisbah 16:10, kecerahan 500 nits, Delta E<1, 100% sRGB, 100% P3 serta penarafan TÜV cahaya biru rendah dan perlindungan mata. Skrinnya turut boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Di dalam, dibekalkan bateri sebesar 70Whr yang mana dikatakan boleh bertahan sehingga 22 jam main balik video, 13 jam melayari pelayar web dan dapat bertahan sehingga 3 jam dengan pengecasan pantas selama 15 minit.

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition-5
Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition-3

Bahagian sisi kiri komputer riba, terletaknya port 1x Thunderbolt 4, 1x HDMI 2.1 dan 1x bicu audio. Sementara sisi kanan pula 1x Thunderbolt 4 dan 1x USB-A 3.2 Gen 1.

Lain-lain spesifikasi termasuk kamera web FHD, kamera IR, pengatup kamera, 4 mikrofon, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan 4 pembesar suara Dolby Atmos.

Komputer riba ini hanya hadir dalam satu pilihan warna sahaja, iaitu Luna Grey.

Berkaitan

  • Lenovo Lancar ThinkSystem N1380 Neptune, Penyejukan Cecair Untuk Pusat Data
  • Lenovo Perkenal ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Lenovo Legion Go S Dijangka Menjalankan Sistem Operasi SteamOS

Sumber: Siaran media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY