Lenovo memperkenalkan ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition pada acara Tech World 2024, ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition direka untuk memberikan fleksibiliti maksimum. Dengan reka bentuk 2-dalam-1, pengguna boleh menukar antara mod laptop dan tablet dengan mudah, sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak atau bekerja dari pelbagai lokasi. Ia juga ringan dan mudah dibawa, menjadikannya rakan kerja ideal untuk profesional moden.
ThinkPad X1 Gen 10 Aura Edition hadir dengan pelbagai pilihan paparan yang sesuai untuk pelbagai kegunaan antaranya 14″ OLED 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 500 nit. Paparan ini juga menyokong 100% DCI-P3, memberikan visual yang tajam dan kaya dengan warna, selain ciri Low Blue Light dan Touchscreen. Alternatif lain termasuk 14″ WUXGA Low Power LCD atau 14″ WUXGA ePrivacy LCD, kedua-duanya dengan kecerahan 500 nit dan 100% sRGB, memastikan paparan yang jelas dan terang, serta menjaga mata pengguna daripada cahaya biru berbahaya.
Komputer riba ini dikuasakan oleh cip siri Intel Core Ultra 200V dan Intel Arc graphics dengan Xe 2 architecture, menjadikan ThinkPad X1 Aura Edition pilihan yang tepat untuk tugasan intensif seperti penyuntingan video dan reka bentuk grafik. Pengguna boleh memilih sehingga 32GB LPDDR5x RAM serta penyimpanan SSD PCIe Gen5 dengan kapasiti maksimum 2TB, memberikan kelajuan serta ruang storan yang mencukupi untuk kegunaan harian.
Pengguna boleh memilih antara Windows 11 Pro, Windows 11 Home, atau Linux, mengikut kesesuaian penggunaan mereka. ThinkPad X1 ini turut dilengkapi kamera FHD + IR atau kamera 8MP + IR dengan penutup privasi, disertakan dengan Computer Vision untuk pengesanan pergerakan.
ThinkPad X1 Aura Edition menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, dan pilihan 5G sub-6 (menjelang 2025), memastikan sambungan tanpa gangguan walaupun semasa bergerak. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai port seperti 2x Thunderbolt 4, 2x USB-A 3.2 Gen 1, HDMI 2.1, serta audio jack untuk kemudahan pengguna.
Bagi meningkatkan lagi aspek kelestarian, ThinkPad X1 Gen 10 dilengkapi dengan bateri bateri 57Whr (CRU), yang membolehkan pengguna menukar bateri sendiri dengan mudah. Ini bukan sahaja memanjangkan hayat peranti, tetapi juga mengurangkan sisa elektronik, menjadikannya lebih mesra alam dalam jangka masa panjang.
ThinkPad X1 Gen 10 Aura Edition membawa pendekatan lebih hijau dalam industri teknologi. Casis peranti ini dibina menggunakan 75% aluminium kitar semula untuk bahagian A dan C, manakala 55% aluminium kitar semula. Ini bukan sahaja mengurangkan jejak karbon tetapi juga menunjukkan komitmen Lenovo terhadap kelestarian.
Bukan itu sahaja, Lenovo turut memastikan pembungkusan ThinkPad X1 Gen 10 bebas dari plastik sepenuhnya. Pembungkusannya diperbuat daripada bahan mampan seperti buluh dan tebu, menjadikannya 100% boleh dikitar semula.
Untuk menjamin keselamatan data pengguna, ThinkPad X1 Gen 10 Aura Edition dilengkapi dengan ThinkShield AI PC Security. Teknologi mengesan ancaman siber secara masa nyata dan melindungi peranti daripada serangan berbahaya, menjadikannya peranti yang sangat selamat untuk digunakan dalam dunia perniagaan yang semakin terdedah kepada risiko keselamatan siber.
Menurut Lenovo, ThinkPad X1 Gen 10 Aura Edition menawarkan kuasa AI serta reka bentuk yang fleksibel di mana ia akan menjadi pilihan terbaik untuk meningkatkan prestasi kerja anda. Peranti ini dijangka melancarkan pada Oktober 2025, manakala satu lagi produk inovatif daripada Lenovo iaitu ThinkSmart Core Gen 2, dijadualkan untuk dilancarkan pada Januari 2025
{suggest}
Sumber : Siaran media Lenovo