Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo ThinkPad X1 Fold, Komputer Riba Hibrid Boleh Lipat

Lenovo ThinkPad X1 Fold, Komputer Riba Hibrid Boleh Lipat

Diterbitkan Januari 7, 2020 · Dikemas kini Januari 7, 2020 oleh Amalina Athman

Pada tahun lalu, Lenovo menunjukkan komputer riba boleh lipat, iaitu sebuah prototaip tablet OLED yang boleh dilipat seperti buku atau komputer riba yang nipis.

Spesifikasi Lenovo ThinkPad X1 Fold
Gambar – The Verge

Di CES 2020 hari ini, syarikat itu telah mengumumkan akan menjual idea tersebut sebagai produk komersial dengan nama ThinkPad X1 Fold. ThinkPad X1 Fold mempunyai paparan skrin 13.3 inci dengan panel OLED 4:3 dan resolusi 2048 x 1526, iaitu sama seperti iPad 9.7 inci.

Dalam aspek lain, ia didatangkan bersama cip Intel Core Processor dengan Hybrid Technology.  Komputer ini menjalankan Windows 10 Pro, yang bermaksud Lenovo perlu mencari penyelesaian sendiri untuk menangani skrin lipat.

Harga Lenovo ThinkPad X1 Fold

Pada masa ini, penyesuaian bagi ikon taskbar adalah sangat banyak dan akan membawa kepada menu pop-up sehingga anda boleh menukar antara paparan skrin penuh atau mod dwi-skrin dengan aplikasi yang dipinkan pada setiap separuh paparan skrin.

LG Display menyediakan panel, hasil daripada apa yang digambarkan oleh Lenovo sebagai kerjasama selama empat tahun dan mereka lebih yakin dengan ketahanan peranti ini. Walaupun terdapat lipatan yang kelihatan di tengah, ia sukar diperhatikan secara langsung.

Dengan X1 Fold, anda boleh menyambungkan papan kekunci Bluetooth dan tetikus untuk pelbagai tugasan. Port USB-C di kedua-dua sisi komputer ini menjadikannya mudah untuk memasang monitor luaran. ThinkPad X1 Fold bermula pada harga $2,499 (~RM 10,200) dan dijangka akan mula dijual pada pertengahan 2020.

Sumber: Engadget, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY