Lenovo Pertontonkan Komputer Riba Dengan Skrin Boleh Lipat

Levono baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah komputer riba dalam siri Thinkpad dengan keupayaan boleh lipat, menjadikannya komputer peribadi boleh lipat pertama pernah dikeluarkan oleh Lenovo. Ia diperkenalkan di acara Lenovo Transform pada persidangan Accelerate di Florida.

Komputer riba boleh lipat ini dikatakan termasuk didalam keluarga ThinkPad X1, tetapi nama sebenarnya serta spesifikasi masih belum dikongsikan lagi.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=32&v=_XBU_xxpsQk

Mungkin ada yang beranggapan ia seakan-akan Samsung Galaxy Fold, tetapi ia sebuah komputer peribadi yang berskala lebih daripada peranti boleh lipat Samsung itu.

Komputer ini digambarkan sebagai sebuah peranti Intel Windows berprestasi penuh dilengkapi dengan skrin paparan 13 inci 2K OLED yang fleksibel. Ia merupakan teknologi paparan dari LG Display dan turut menyokong penggunaan pen.

Oleh kerana paparannya fleksibel, ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan contohnya pada mod tablet, anda mampu menonton atau membaca bahan-bahan di internet, mod membaca seakan sedang membaca buku, dan mod produktiviti yang boleh tukar ke bentuk komputer riba bersama papan kekunci digital.

Pada beratnya pula kurang dari 900 gram dan bersaiz sebesar buku berkulit tebal.

https://www.youtube.com/watch?v=7RjjZNwudgc

Bagi Lenovo, rekaan komputer sebegini bakal menjadikan pengguna lebih produktif yang mana penggunaannya tidak ubah seperti menggunakan peranti pintar mudah alih yang lain.
Di Accelerate, kami mendedahkan previu dan demo komputer boleh lipat. Dicipta untuk bersifat mudah alih, dicipta juga bagi mereka sebagai alat yang terbaik, peranti ini  termasuk dalam  keluarga ThinkPad X1, menjanjikan pengguna lebih produktif dan mempercayai pada peranti ini. Ini bukan sebuah telefon, tablet, atau keluarga hybrid, ini adalah komputer yang dipenuhi dengan paparan skrin." terang Eksekutif Lenovo.

Lenovo bakal berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai produk komputer boleh lipatnya pada tahun hadapan dan ketika ini, ia masih lagi berada ditahap awal.

Sumber: Mac Rumors, The Verge