Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
legion c700

Lenovo Mengacah Legion C700, ‘Handheld’ Untuk Permainan Awan

Diterbitkan Julai 14, 2026 oleh Amsyar Latif

Lenovo mengacah sebuah lagi konsol permainan mudah alih baharu di bawah siri Legion yang dikenali sebagai Legion C700. Berbeza dengan Legion Go yang memfokuskan kepada permainan secara tempatan (local gaming), Legion C700 dibangunkan khusus untuk pengalaman permainan awan (cloud gaming). 

Menerusi imej yang dikongsikan Lenovo di Weibo, Legion C700 dibangunkan dengan kerjasama Tencent START, iaitu platform cloud gaming milik Tencent yang membolehkan permainan distrim terus daripada pelayan tanpa perlu dipasang pada peranti. Pendekatan ini membolehkan pengguna memainkan permainan berprestasi tinggi tanpa memerlukan perkakasan yang terlalu berkuasa. 

legion c700

Dari segi reka bentuk, Legion C700 menggunakan susun atur butang asimetri seperti alat kawalan Xbox, lengkap dengan butang belakang dan sistem pengudaraan yang besar. Antara muka pada skrin turut memaparkan perkhidmatan Tencent START bersama beberapa permainan PC yang distrim secara terus. 

Buat masa ini, Lenovo masih belum mendedahkan spesifikasi seperti cip pemproses, saiz paparan, kapasiti bateri, sistem operasi mahupun harga jualannya. Syarikat itu hanya mengesahkan maklumat lanjut mengenai Legion C700 akan diumumkan pada Ogos ini.

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo Legion Go S Windows 11 – Prestasi Biasa, Windows Masih Tak Mesra
  • “Normal Baru” Harga Memori Akan Jadi Lebih Tinggi - Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY