Pasaran di China kini telah menerima satu varian eksklusif telefon tersebut iaitu edisi lutsinar. Bahagian belakang telefon boleh dilihat menampakkan papan induk dan juga komponen dalamannya melalui bentuk X.
Disebabkan telefon ini menggunakan mekanism pop-up kamera pada bahagian sisi, pengguna juga boleh melihat dengan lebih terperinci bagaimana kamera tersebut berfungsi dengan lebih jelas.
Sebelum ini sudah ramai juga pengeluar hadir dengan telefon edisi lutsinar, namun ia hanyalah pelekat sahaja dan bukannya isi dalam telefon yang betul seperti pada Xiaomi Mi 9 Transparent Edition.
Menurut sumber dari Weibo, Lenovo tidak menyatakan harga jualan atau tarikh di jualan telefon ini. Jika ada pun, seperti kebiasaan ia akan menjadi telefon terhad untuk pasaran China sahaja.
Mengimbas kembali, Lenovo Legion Pro hadir dengan Snapdragon 865+, paparan 6.65 inci AMOLED 144Hz, dwi-kamera 64MP + 16MP, swafoto pop-up 20MP, bateri 5,000mAh, dan pengecasan pantas 90W.
Di Malaysia, telefon ini dipanggil Lenovo Legion Duel Phone dan telah dilancarkan beberapa minggu lalu dengan harga rasmi bermula RM3,399.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Xiaomi Malaysia Beri Jaminan Harga Mi 10T Pro Tidak Akan Melebihi RM1,999
- MSI Hadir Dengan Siri Summit - Komputer Riba Kategori Bisnes Dan Produktiviti
- Kos Penghasilan Galaxy S20 Ultra Adalah Lebih Tinggi Dari iPhone 11 Pro Max
- Nintendo Switch Versi "Pro" Dikatakan Bakal Hadir Pertengahan Tahun Ini
- Airbnb Umum Kerjasama Dengan Syarikat Jony Ive Dalam Mereka Bentuk Produk Dan Servis
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- vivo Sahkan X60 Pro+ Akan Gunakan Snapdragon 888 Dan Kemasan Panel Belakang Berbeza
- AMD Ryzen 4000 Versi Desktop Diperkenalkan - Terdapat Juga Variasi PRO Untuk Kelas Bisnes
- Sony Memperkenalkan Alpha 1 - Mirrorless Full Frame Professional Dengan Sensor 50MP
- MKBHD Sebenarnya Sudah 2 Minggu Gunakan OnePlus 8 Pro Yang Belum Lagi Dilancarkan