Secara lebih tepat lagi, siri yang diumumkan ini adalah siri G yang turut dimuatkan dengan pemprosesan grafik Radeon terbina. Selain itu, terdapat juga varian Ryzen 4000 PRO yang ditujukan untuk kelas bisnes dan siri Athlon 3000 dengan grafik terbina Radeon juga.
Untuk cip Ryzen 4000 ini, ia dibina dari proses 7nm dari seni bina Zen 2 manakala soket yang disokong pula adalah dari jenis AM4.
AMD Ryzen 4000 dan Athlon 3000
Untuk barisan cip AMD Ryzen 4700G desktop ini, menurut AMD, ia menawarkan:
- Sehingga 2.5X ganda prestasi multi-teras berbanding generasi sebelumnya.
- Sehingga 5% prestasi teras tunggal lebih baik berbanding Intel Core i7-9700.
- Sehingga 31% prestasi multi-teras lebih baik berbanding Intel Core i7-9700.
- Sehingga 202% prestasi grafik lebih baik berbanding Intel Core i7-9700
AMD Ryzen 4000 PRO Dan Athlon PRO 3000
Portfolio PRO dalam penamaan cip Ryzen 4000 ini lebih ditujukan kepada suasana bisnes moden. Ia dilengkapi dengan pelbagai lapisan sekuriti serta prestasi lebih dipertingkatkan. Bersama-sama itu, ia turut dimuatkan dengan ciri sekuriti seperti AMD Memory Guard dan AMD Secure Processor.
Menurut AMD, Ryzen PRO 4000 ini menawarkan:
- Sehingga 31% prestasi lebih baik berbanding pesaing.
- Sehingga 43% lebih prestasi setiap watt berbanding pesaing.
AMD tidak mengumumkan harga pasaran namun tarikh jualan adalah bermula suku ketiga 2020 untuk Ryzen 4000. Versi PRO pula telah mula dijual lebih awal bermula 21 Julai ini.
Sumber: AMD
Berkaitan
- AMD Umum 3 CPU Berkuasa Baharu Di Bawah Siri Ryzen 3000 XT
- Illegear Ares V Dilancarkan - Laptop Gaming Pertama Illegear Dengan Cip AMD
- MacBook Pro 16 Inci Kini Punyai Pilihan Grafik Lebih Berkuasa AMD Radeon Pro 5600M
- Xiaomi Perkenal Teknologi RAMDISK Untuk Tingkatkan Prestasi Ketika Bermain Permainan
- Kapasiti Bateri Pixel 4a 5G Didedahkan Dengan 3800mAh, Pixel 5 Pula 4000mAh
- iQOO Umum Pengecasan Pantas 120W Secara Rasmi - Boleh Penuhkan 4000mAh Dalam Masa 15 Minit
- Kad Grafik Pihak Ketiga AMD Radeon RX 5700 Kini Di Hujung Nyawa
- Siri HONOR V30 Dilancarkan - Kirin 990, Tri-Kamera Belakang, Bateri 4000mAh Dengan Pengecasan 40W
- AMD Umum Cip Papan Induk B550 Dengan Sokongan Pemprosesan Zen3
- Huawei Umum Laptop Mampu Milik Matebook D 14 Dan D 15 - Pilihan Sama Ada Intel Gen-10 Atau AMD Ryzen