Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Sahkan X60 Pro+ Akan Gunakan Snapdragon 888 Dan Kemasan Panel Belakang Berbeza

vivo Sahkan X60 Pro+ Akan Gunakan Snapdragon 888 Dan Kemasan Panel Belakang Berbeza

Diterbitkan Januari 19, 2021 oleh Meor Hasyim

Ketika vivo mengumumkan siri vivo X60, terdapat 2 model yang diperkenalkan iaitu vivo X60 dan juga vivo X60 Pro. Model ketiga lebih berkuasa vivo X60 Pro+ telah diacah ketika acara pelancaran yang bakal menggunakan cip pemprosesan mercu Snapdragon siri 800.

Hari ini vivo sendiri telah mengesahkan bahawa model X60 Pro+ tersebut bakal menggunakan cip Snapdragon 888 melalui laman sosial Weibo mereka.

vivo Sahkan X60 Pro+ Akan Gunakan Snapdragon 888 Dan Kemasan Panel Belakang Berbeza

Tambahan, ia juga turut diperlihatkan dengan rekaan panel belakang tekstur kulit berbeza.

Buat masa ini, vivo masih belum berkongsikan spesifikasi kamera yang digunakan namun apa yang pasti ia masih menggunakan sistem dari kerjasama ZEISS dan juga gimbal generasi ke-2.

vivo X60 Pro+ sudah tentu akan menawarkan naik taraf dan juga teknologi lebih baik berbanding 2 model lain dalam siri yang sama.

Mengikut perkongsian yang sama juga, vivo turut menjadualkan acara pelancaran X60 Pro+ ini pada 21 Januari kelak.

vivo Sahkan X60 Pro+ Akan Gunakan Snapdragon 888 Dan Kemasan Panel Belakang Berbeza

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY