Untuk pasaran Malaysia pula, Xiaomi akan membawa masuk siri ini pada 6 Oktober nanti.
Hari ini, Xiaomi Malaysia mula mengacah gambaran harga yang akan dijual untuk model Mi 10T Pro.
Melalui akaun rasmi Facebook Xiaomi Malaysia, Mi 10T Pro akan dipasarkan pada harga RM1XXX, iaitu RM1999 dan ke bawah.
https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/posts/1581511468719608
Jika benar, ia merupakan harga penawaran yang sangat berbaloi kerana ia hadir dengan spesifikasi tinggi.
Namun, boleh jadi juga itu merupakan harga promosi untuk masa terhad dan bukannya harga rasmi model tersebut.
Untuk Mi 10T biasa pula harganya sudah tentu akan menjadi lebih murah berdasarkan harga acah Mi 10T Pro yang diperlihatkan.
Mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 10T Pro, ia hadir dengan panel LCD 144Hz, Snapdragon 865, 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera utama 108MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.
Jika anda berminat dengan pengenalan siri Xiaomi Mi 10T ini untuk pasaran tempatan, nantikan pelancarannya pada 6 Oktober ini.
Sumber: Facebook Xiaomi Malaysia
Berkaitan
- Kos Penghasilan Galaxy S20 Ultra Adalah Lebih Tinggi Dari iPhone 11 Pro Max
- Microsoft Teams Kini Lebih Jimat Tenaga Sehingga 50%, Lebih Efisien Untuk Peranti Bajet
- Xiaomi Mi Note 10 Kini Rasmi - Kamera 108MP Dengan Harga Bermula RM2,099
- [Ujian Gaming] Main PUBG Mobile Di Vivo NEX 3, Maksimum FPS, Bateri Dan Prestasi Keseluruhan
- Muslim Pro Kini Berdepan Saman Oleh Pengguna Di Perancis Atas Isu Perkongsian Data
- Selepas 20 Tahun Misi Mencari Makhluk Asing, Akhirnya Operasi SETI@Home Dihentikan
- Ibu Ghozali Sertai Arena NFT Jual Selfie, Anak-Beranak Amalkan Prinsip WAGMI
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- Poco C3 Kini Rasmi - Hadir Dengan Spesifikasi Seperti Redmi 9C
- Kamera Xiaomi Mi 10T Pro Peroleh Skor 118 Melalui DxOMark - Setaraf Dengan OnePlus 8 Pro