Lenovo Legion Phone Duel Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

Lenovo Legion merupakan jenama yang tidak asing dalam arena gaming. Kini mereka hadir pula dengan telefon pintar gaming iaitu Lenovo Legion Phone Duel untuk pasaran Malaysia bermula RM3399.

Telefon ini hadir dengan skrin 6.55 inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar input 240Hz.



Pada bahagian skrinnya tiada kamera swafoto kerana ia diletakkan pada bahagian sisi secara terangkat. Menggunakan kaedah ini, ia akan memudahkan pengguna menggunakan telefon ketika penstriman melalui 20MP kamera swafotonya.

Untuk rakaman belakang, Lenovo tidak seperti jenama-jenama lain ketika ini yang mana hanya menghadirkan dwi kamera 64MP dan kamera lebar 16MP.



Lenovo Legion Phone Duel dijana oleh cip Snapdragon 865+ serta dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM. Untuk storan dalaman pula adalah berasaskan UFS 3.1 sehingga 512GB.

Bateri berkapasiti 5000mAh yang dibekalkan akan disalurkan kuasanya melalui pengecasan pantas 65W.

Sewaktu pengenalannya di China, Lenovo Legion Phone Duel ini disertakan dengan pengecasan 90W, namun berbeza dengan pasaran Malaysia yang menggunakan hanya 65W sahaja.

Telefon ini menjalankan perisian Lenovo Realm yang berasaskan Android 10. Sama juga seperti kebanyakan telefon-telefon gaming lain, ia turut mempunyai perisian pembantu ketika bermain yang dinamakan Lenovo Assistant.



Di Malaysia, Lenovo Legion Phone Duel ini akan ditawarkan bermula 26 Oktober dengan harga RM3399 untuk 12GB/256GB serta RM3999 untuk 16GB/512GB.