Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Hadir Dengan Siri Summit – Komputer Riba Kategori Bisnes Dan Produktiviti

MSI Hadir Dengan Siri Summit – Komputer Riba Kategori Bisnes Dan Produktiviti

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Meor Hasyim

MSI merupakan jenama yang terkenal sebagai jenama komputer riba gaming dan bukannya untuk kategori bisnes dan professional.

Hari ini, MSI membuat sedikit perubahan dengan mengumumkan siri MSI Summit iaitu siri khusus yang memfokuskan kepada kategori bisnes dan produktiviti.

Seiring dengannnya, mereka juga memperkenalkan logo baharu yang lebih minimal dan moden sesuai dengan portfolio mereka.

MSI Enters the Business PC Market With New 'Summit' Laptops

Di bawah siri Summit, mereka memperkenalkan 4 model utama iaitu Summit E15, Summit E14, Summit B15, dan Summit B14. Kesemua model ini juga dilengkapi dengan cip Intel Gen-11 yang terbaharu diumumkan sebelum ini.

MSI_NB_Summit E14_photo01
MSI Summit E14
MSI_NB_Summit E15_photo03
MSI Summit E15

Summit E15 dan Summit E14 merupakan komputer riba Summit lebih berkuasa dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1650 Ti. Sementara itu, Summit B15 dan B14 pula hanya dikuasakan grafik terbina Intel Xe.

MSI_NB_Summit E14_photo03
MSI Summit E14
MSI_NB_Summit B15_photo02
MSI Summit E15

Dari segi paparan, Summit E15 dan E14 kedua-duanya hadir dengan resolusi 4K dengan perbezaan saiz skrin 15 inci dan 14 inci. Skrin mereka juga adalah merupakan panel sesentuh yang turut menyokong 100% Adobe RGB.

Pada Summit B15 dan B14, ia beresolusi FHD dengan saiz 15 inci dan 14 inci.

Untuk siri komputer riba Summit ini, ia hadir dengan RAM sehingga 64GB dan storan dalaman berasaskan PCIe Gen4.

MSI Hadir Dengan Siri Summit – Komputer Riba Kategori Bisnes Dan Produktiviti

Buat masa ini, MSI hanya mengumumkan model yang ada dan tidak menceritakan dengan lebih lanjut mengenai harga jualannya atau ketibaannya untuk pasaran tempatan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY