Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jony ive

Airbnb Umum Kerjasama Dengan Syarikat Jony Ive Dalam Mereka Bentuk Produk Dan Servis

Diterbitkan Oktober 22, 2020 oleh Meor Hasyim

Pada tahun 2019, Jony Ive yang merupakan ketua bahagian rekaan untuk Apple telah meninggalkan syarikat tersebut untuk memulakan syarikat sendiri dipanggil LoveFrom.

Hari ini, Airbnb telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa syarikat beliau iaitu LoveFrom akan bekerjasama dalam satu tempoh beberapa tahun untuk mereka bentuk produk dan servis untuk Airbnb.

Jony Ive akan membantu dan melatih pasukan pereka dalaman di Airbnb menggunakan pengalaman yang ditagih bertahun-tahun dalam industri di Apple.

Jony Ive di Apple sebelum ini mempunyai repustasi yang disegani dalam mereka bentuk produk seperti iPhone, iMac, dan juga MacBook.

Dengan kehadirannya untuk memberi sentuhan terhadap produk Airbnb, sudah tentu ramai mahu melihat apakah yang bakal diperlihatkan oleh Jony Ive dengan pelinglibatannya di syarikat tersebut.

Sumber: Airbnb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY