Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Lancar Laptop Pertama Buatan Arab Saudi

Lenovo Lancar Laptop Pertama Buatan Arab Saudi

Diterbitkan September 8, 2026 ยท Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo mencipta sejarah baharu tersendiri apabila melancarkan laptop pertama yang dihasilkan di Arab Saudi.

Pelancaran ini menjadi simbol komitmen Lenovo terhadap visi Kerajaan Arab Saudi untuk membangunkan industri pembuatan berteknologi tinggi selaras dengan aspirasi Vision 2030.

Kemudahan pembuatannya berkeluasan 200,000 meter persegi di “Riyadh Integrated” yang dikendalikan oleh Special Integrated Logistics Zone (SILZ)

Menariknya, fasiliti ini menjadi yang pertama di dunia menghasilkan keseluruhan portfolio Lenovo termasuk PC, desktop, telefon pintar Motorola, dan pelayan “Buatan Saudi”.

Langkah ini memperkukuh rangkaian global Lenovo yang kini merangkumi lebih 30 tapak di 11 negara.

Pelancaran laptop buatan Riyadh ini menandakan lonjakan besar dalam usaha menjadikan Arab Saudi pusat inovasi dan pembuatan global.

Sepanjang tahun lalu, Lenovo telah mengembangkan kehadirannya dengan ketara di Arab Saudi melalui penubuhan Ibu Pejabat Serantau META di Riyadh.

Lenovo juga telah memajukan rancangan untuk kemudahan penyelidikan dan pembangunan, dengan pelantikan Dr. Rabeah Alzaidy baru-baru ini, yang akan menerajui inisiatif R&Dnya di Arab Saudi.

Berkaitan

  • Lenovo Perkenal Laptop Konsep Modular - Satu Ekosistem, Banyak Modul, Lebih Produktiviti
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Lenovo Legion C700 Fokus Cloud Gaming, Tawar Skrin 120Hz Dan Bateri 8,000mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY