Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kini Didakwa Miliki Lebih Daripada 1 Bilion Pengguna Aktif iPhone

Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

Diterbitkan Oktober 18, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Apple telah mengeluarkan sebanyak lapan model iPhone baharu dalam tempoh lima tahun ini iaitu iPhone XR, XS dan XS Max (2018), siri iPhone 11 (2019), iPhone SE 2 (2020), siri iPhone 12 (2020), siri iPhone 13 (2021), SE 3 (2022), siri 14 (2022) dan yang terbaru siri iPhone 15 (September 2023).

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook telah mendedahkan mengapa syarikat itu mengeluarkan telefon baharu setiap tahun. Bercakap dari pusat data Apple di Denmark beliau menegaskan, pengeluaran model baharu iPhone secara berterusan sebagai ‘perkara yang hebat’.

Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

“Saya merasakan bahawa membeli iPhone setiap tahun untuk mereka yang meminatinya adalah satu perkara yang hebat. Apa yang kami lakukan ialah kami membenarkan orang ramai untuk menjual iPhone milik mereka dan kemudian kami menjual semula telefon itu jika ia masih berfungsi. Jika ia tidak berfungsi, kami mempunyai cara untuk membukanya dan mengambil bahan daripadanya untuk membuat iPhone baharu.” Tim Cook.

Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

Beliau turut menjelaskan bagaimana mereka boleh mengekalkan konsistensi agar syarikat itu lebih mampan walaupun terdapat risiko persaingan daripada jenama-jenama lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple itu menjelaskan bahawa dia mahu menjaga kerahsiaan Apple mengenai produk mereka terutamanya berkaitan green issues. Mr Cook mahu Apple menjadi teladan kepada model lain agar dapat mengekalkan mereka sebagai peneraju pasaran telefon pintar.

Beliau mengambil inisiatif untuk menggunakan bahan kitar semula supaya harapannya untuk menjadi neutral karbon menjelang 2030. Beliau berharap usaha beliau ini akan menjadi ikutan oleh syarikat-syarikat lain.

Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

Walau bagaimanapun, Apple telah menghadapi dakwaan ‘greenwashing‘. Greenwashing merujuk kepada syarikat yang menggunakan terma mesra alam semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan mereka daripada kenyataan sebenar.

Tetapi beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa syarikatnya bukanlah seperti apa yang didakwa sebaliknya syarikat tersebut betul-betul komited untuk memelihara kelestarian alam hasil daripada pengeluaran produk mereka.

Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

Beliau menekankan, syarikatnya menggunakan 30 peratus bahan kitar semula dalam jam tangan baharunya. Secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya pencemaran bahan yang tidak dapat diurai.

Usaha lain yang turut dilakukan beliau untuk mengurangkan pencemaran adalah seperti memandu kereta elektrik, cuba mengelakkan penggunaan plastik, mengitar semula barang-barang terpakai dan membuat baja kompos.

Berkaitan

  • Kuo: iPhone 15 Pro Max Akan Terima Lensa Periskop Dengan 6x Pembesaran
  • Apple Turunkan Harga iPhone 13 Dan 12
  • iPhone 'Made in India' Dijangka Meningkat Menjelang Tahun 2027
  • "Buang Atau Beri Pada Anak" - Rusia Haramkan Pegawai Kerajaan Guna iPhone
  • iPhone Dikemas Kini Dengan Beberapa Ciri Terbaru
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati

Sumber: Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY