Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1

Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1

Diterbitkan Januari 8, 2018 ยท Dikemas kini Januari 8, 2018 oleh Wiser MY

Kita pun sudah tahu yang perisian Google antara pemangkin utama kamera peranti Google Pixel dijulang sebagai kamera terbaik di pasaran ketika ini. Kamera telefon pintar dengan HDR+ boleh menukar kamera peranti pertengahan menjadi kamera berprestasi tinggi setanding peranti telefon pintar utama.

Lihat dan perhatikan perbezaan antara dua gambar di bawah:

Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
MIUI
Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
Google HDR+

Perbezaan ketara dapat dilihat dari gambar di atas yang menggunakan kamera dari peranti yang sama tetapi dengan perisian kamera yang berbeza. Gambar yang dihasilkan oleh Google HDR+ tampak lebih cerah dan tajam dari segi butiran, ‘noise’ pun kurang.

Kita lihat pula contoh beberapa lagi gambar yang diambil oleh saudara Iniazziaf Ris melalui kirimannya di group Facebook Xiaomi MiA1 Malaysia:

Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
MIUI
Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
Google HDR+
Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
MIUI
google cam
Google HDR+
Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
MIUI
google cam1
Google HDR+

Peranti Xiaomi MiA1 merupakan peranti bajet pertengahan yang menarik dengan menggunakan perisian asli dari Google namun aplikasi kameranya masih menggunakan perisian dari Xiaomi iaitu MIUI. Seperti mana yang anda tahu, kamera Xiaomi masih tidak menunjukkan taring yang sebenar ketika dalam keadaan kurang cahaya.

Google sudah pun memberikan sokongan aplikasi kamera melalui Google Camera HDR+ dan ini memberi khabar gembira buat pemilik Xiaomi MiA1. Algoritma yang terdapat di dalam Google HDR+ membuatkan kamera peranti Google Pixel dipandang tinggi oleh peminat fotografi mobil.

Untuk menggunakan aplikasi Google Camera HDR+, pengguna memerlukan peranti mereka di’root’ terlebih dahulu sebelum apa-apa fail apk dapat dipasang. Langkah-langkah untuk memasang mod Google Cam HDR+ untuk peranti Xiaomi MiA1 dapat dilihat di xiaomifirmware.com atau menggunakan Magisk.

Anda juga dapat melihat sokongan untuk peranti Snapdragon 820 dan keatas di forum XDA-Developer.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
©2026 WISER.MY