Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
found-10k-worth-of-ram-sitting-in-my-garage-v0-7ygje3r2d0oh1 1

Lelaki Australia Dakwa Jumpa 30 Modul RAM Samsung DDR4 64GB Terpakai Di Dalam Garaj, Dianggarkan Bernilai ~RM40 Ribu

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna Reddit di Australia mendakwa menemui harta karun teknologi yang tidak disangka-sangka di dalam garajnya.

Menurut laporan, pengguna Reddit itu menjumpai sebanyak 30 modul RAM Samsung DDR4 64GB yang pernah digunakan dalam sebuah pelayan lama.

Jumlah keseluruhan kapasiti memori yang ditemui itu yang mencecah 1.92TB,  dianggarkan bernilai sekitar USD10,000 (~RM40,400) di pasaran ketika ini.

Modul ini beroperasi pada kelajuan 2,666MHz, mempunyai ciri ECC dual-rank, dan sangat bernilai untuk kegunaan pelayan kerana kebolehpercayaannya.

Lelaki Australia Dakwa Jumpa 30 Modul RAM Samsung DDR4 64GB Terpakai Di Dalam Garaj, Dianggarkan Bernilai ~RM40 Ribu

Penemuan ini berlaku ketika pasaran global sedang berdepan kekurangan bekalan DRAM.

Malah, beberapa komputer riba permainan kini kembali menyokong DDR4 kerana faktor kos dan ketersediaan.

Situasi ini menjadikan modul lama seperti yang ditemui pengguna tersebut semakin bernilai.

Akibat harga DDR5 yang melonjak tinggi, pengeluar kembali menghasilkan DDR4 untuk memenuhi permintaan yang semakin mendesak akibat perebutan antara pengguna dan gergasi teknologi AI.

Kredit gambar: VastOption8705

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Permintaan Cip Memori Melonjak Luar Biasa, Ganggu Ekosistem Semikonduktor Global
  • Penyelidik Dedah Kecacatan TV Pintar LG, Dakwa Penyerang Boleh Dengar Perbualan Walaupun Skrin Dimatikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY