Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Dedah Kecacatan TV Pintar LG, Dakwa Penyerang Boleh Dengar Perbualan Walaupun Skrin Dimatikan

Penyelidik Dedah Kecacatan TV Pintar LG, Dakwa Penyerang Boleh Dengar Perbualan Walaupun Skrin Dimatikan

Diterbitkan September 8, 2026 ยท Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru oleh Gamers Nexus mendedahkan kelemahan serius pada LG Smart TV yang boleh membuka ruang kepada pengintipan dan serangan siber.

Penyelidik itu mendapati, kecacatan TV LG yang digodam bukan sahaja menjejak tabiat tontonan melalui Automated Content Recognition (ACR), tetapi juga melakukan pengesanan peranti dalam rangkaian rumah seperti telefon, komputer, pencetak dan sistem pintar lain.

Menurut penyelidik itu lagi, maklumat seperti nama rangkaian Wi-Fi, kekuatan isyarat dan ID peranti turut dikumpul, lalu digabungkan dengan data iklan untuk membentuk profil pengguna yang terperinci.

Lebih membimbangkan, daripada ujian ke atas model TV LG yang digodam didapati set tersebut berupaya merakam audio dari mikrofon terbina walaupun skrin dimatikan.

Ia kemudiannya memuat naik data sebaik sahaja disambung semula ke internet.

Rakaman ini disimpan dan boleh dipindahkan semula apabila TV disambungkan ke internet.

Kelemahan remote-code-execution yang ditemui turut berpotensi memberi akses kepada penyerang untuk menembusi rangkaian rumah dan peranti lain.

Ekoran itu, bagi melindungi privasi, pengguna disarankan segera mengemas kini perisian TV, menyemak tetapan privasi, serta mematikan fungsi ACR, iklan diperibadikan dan pengecaman suara jika tidak diperlukan.

Selain itu, gunakan rangkaian Wi-Fi berasingan untuk peranti pintar, matikan UPnP pada router, dan elakkan pendedahan terus TV ke internet.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • LG Malaysia Lancar Barisan TV Baharu, Harga Dari RM2,049
  • PBB Beri Amaran, AI Boleh Jadi 'Ancaman' Kepada Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY