Walaupun dua kamera Monochrom sebelumnya telah mengubah versi sensor warna daripada kamera model M yang lain, namun M10 Monochrom yang baharu ini adalah yang pertama dengan sensor unik yang terbina khusus untuk fotografi hitam putih.
Cip sensor 40MP dan bingkai penuh adalah berbeza daripada sensor warna 47MP yang terdapat pada Leica Q2 dan SL2, dan merupakan resolusi paling tinggi bagi kamera model M. M10 Monochrom mempunyai sensitiviti ISO dari 160 sehingga 100,000. Dengan tahap prestasi ini, M10 Monochrome adalah lebih berkemampuan dari model sebelumnya, dalam sebarang senario pencahayaan.
Selain dari sensor, M10 Monochrom pada dasarnya adalah M10-P dengan kemasan cat matte (black chrome). Ia mempunyai binaan yang nipis daripada Typ 146 Monochrom, terbina dengan sambungan Wi-Fi, shutter tanpa bunyi, skrin sentuh dan tiada fungsi video. Leica mengeluarkan fungsi video kerana pelanggan tidak menggunakannya, walaupun ditambah pada generasi lepas. M10 Monochrom juga dilihat tidak mempunyai logo klasik Leica berwarna merah pada hadapan kamera.
Leica M10 Monochrom dijual dengan harga $8,295 (~RM 33,657), iaitu $500 (~RM 2,000) lebih murah berbanding harga semasa M10-P.
Sumber: The Verge, Leica
Berkaitan
- OnePlus Dilapor Akan Kerjasama Dengan Leica Untuk Kamera Siri OnePlus 9
- Pemberian Kredit e-Tunai RM100 Dijangka Suku Keempat Tahun Ini
- Ketahui Ini Sebelum Guna Kredit RM100 eMADANI Di Aplikasi MAE
- OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100
- Inisiatif Program eBelia Ditingkatkan Kepada RM100, Diperluas Kepada 1.1 Juta Mahasiswa
- realme Akan Mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Dengan Hadiah Wang Tunai Sehingga RM10,000
- Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Akan Disalur Disember Ini
- Mufti WP: Hukum 'Cash-Out' Kredit RM100 eMADANI
- realme 6i Dijual Dengan Potongan Harga RM100 Pada Hari Ini Sahaja
- (Ura-Ura) Cip Andalan Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Teknologi Kamera Leica