LEGO Hadir Dengan Set Mainan Terbaru 'LEGO® Back to the Future'

LEGO kini hadir dengan set mainan terbaru yang pastinya menarik perhatian ramai khususnya peminat tegar filem Hollywood terkenal ini iaitu Back to the Future.

Bertemakan filem tersebut, set 'LEGO® Back to the Future' ini menjadikan model kereta DeLorean DMC-12 keluaran 1981 yang juga merupakan mesin masa dalam filem tersebut sebagai set utama mainan LEGO terbaru kali ini.

Menerusi set LEGO ini, anda dapat membina sebanyak 3 rekaan berbeza (3 dalam 1) kereta mesin masa itu yang berdasarkan trilogi filem tersebut iaitu Back to the Future, Back to the Future II dan Back to the Future III.



Melengkapkan lagi set 'LEGO® Back to the Future' ini adalah ia turut didatangkan sekali dengan 2 figura mini watak utama dalam filem tersebut iaitu Marty McFly dan Doc Brown.

Malah turut disertakan adalah hoverboard merah jambu yang cukup ikonik dalam filem keduanya.



Sedikit fakta fiksyen menarik tentang kereta mesin masa ini, kereta tersebut memerlukan kuasa elektrik sebanyak 1.21 gigawatt bagi membolehkannya mengembara ke masa lain.

Jumlah tenaga itu cukup untuk menguasakan lebih daripada 100 juga lampu LED, 361 turbin angin.

Jadi, kepada peminat tegar filem tersebut, jom kembali ke zaman kanak-kanak anda dengan memiliki kereta mesin masa anda sendiri dari LEGO ini.

Set lego ini bakal berada di pasaran bermula 1 April 2022 ini dan akan dijual pada harga USD170 (~RM712.00)

Untuk info lanjut tentang set 'LEGO® Back to the Future' ini, sila layari laman rasmi LEGO.

https://www.youtube.com/watch?v=Ayl6l8qnumQ

Baca juga: