Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

LEGO x adidas ZX 8000 Bakal Dilancarkan 25 September Ini

Posted on September 22, 2020

lego x adidas zx 8000

Sebagai usaha adidas Originals dalam menagembangkan koleksi A-ZX, salah satu rekaan utama adalah kolaborasi bersama LEGO pada model ZX 8000. Kolaborasi LEGO x adidas ZX 8000 ini adalah untuk membuka jalan baru dalam memperkenalkan model ini kepada yang masih tidak mengenali kasut A-ZX.

Apabila memikirkan LEGO, pastinya akan terbayang warna-warna terang, dan ZX 8000 ini tentu tidak terkecuali. Syarikat mainan itu telah berkongsi video acah di semua platform media sosialnya. Kasut ini nanti dilancarkan sebagai sebahagian daripada siri A-ZX adidas.

ZX 8000 direka menggunakan palet warna yang berinspirasikan warna rasmi LEGO, yang kontra dengan warna asas kasut, iaitu beige. Bongkah ikonik LOGO diilhamkan pada tumit kasut, bahagian tali kasut, dan tapak kasut.

lego x adidas zx 8000
lego x adidas zx 8000
lego x adidas zx 8000

Kasut ini dikhabarkan akan dilancarkan pada 25 September pada harga US$130 (~RM537). Kasut LEGO x adidas ZX 8000 boleh didapatkan di laman web rasmi adidas.

Sumber: Highsnobiety & Hypebeast

Baca lagi: Kappa x One Piece – Kerjasama Kedua Kappa Dengan One Piece

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress