Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dodge Charger lego

Anda Kini Boleh Memiliki Kit Model Lego Kereta Lumba Dodge Charger Dari Filem Fast And Furious

Diterbitkan Mac 31, 2020 oleh ariff bukhari

Salah sebuah kereta ikonik yang digunakan dalam francais filem Fast And Furious.

Lego menerusi barisan produk Lego Technic telah menghasilkan salah satu model kit Lego bagi kereta lumba ikonik yang digunakan dalam francais filem popular, Fast And Furious.

Model kereta yang dimaksudkan adalah Dodge Charger 1970 yang digunakan oleh watak hero dalam filem tersebut iaitu Dominic Toretto.

Anda Kini Boleh Memiliki Kit Model Lego Kereta Lumba Dodge Charger Dari Filem Fast And Furious
Kit model terbaru Lego ini tidak menggunakan bateri.

Kit Lego Technic Dom’s Dodge Charger ini mempunyai sebanyak 1077 blok Lego dan sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 10 tahun dan ke atas.

Apabila ia siap dipasang, kit model Lego kereta ini dilengkapi ciri-ciri utama seperti boot penutup enjin hadapan yang boleh dibuka, lengkap dengan enjin ikonik V8, silinder enjin yang bergerak dan lengkap dengan sistem kawalan pemanduan.

Malah ia juga dilengkapi dengan replika botol nitro di belakangnya.

Jika anda peminat tegar filem tersebut, sudah pastinya kit model Lego ini akan disambar anda.

Kit Lego Technic Dom’s Dodge Charger ini berharga USD99.99 dan sudah boleh di pra tempah di laman rasmi Lego.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY