0

“Sudah jatuh ditimpa tangga”. Itulah ungkapan paling sesuai bagi syarikat platform perhubungan sosial terkemuka, Facebook Inc. Selepas ditimpa pelbagai kontroversi berkaitan privasi pada tahun ini, kini mereka dihantui oleh masalah godaman pula.

Semalam, pemiliknya, Mark Zuckerberg mendedahkan bahawa lebih 50 juta akaun penggunanya di seluruh dunia telah pun digodam. Sehubungan dengan perkara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan mereka sedang berhubung dengan Facebook mengenai perkara itu.

Tujuannya adalah bagi memastikan jumlah sebenar rakyat tempatan yang terjejas dek kerana jenayah godaman berkenaan. SKMM juga mengingatkan pengguna Facebook di negara ini untuk memeriksa tahap kawalan keselamatan dan daftar masuk akaun masing-masing mereka sekiranya mendapati ia telah diakses secara tidak sah.

Selain itu, pengguna juga diingatkan supaya peka dengan sebarang aktiviti mencurigakan pada akaun Facebook masing-masing. Tambah mereka lagi, sekiranya pengguna mengesan sebarang salahguna pada akaun mereka, perkara itu perlulah dilaporkan pada pihak berkuasa.

Berikut merupakan kenyataan rasmi penuh oleh pihak SKMM :

Sumber : Facebook SKMM

 

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like