Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih 450,000 Individu Berjaya Daftar Sistem PADU

Lebih 450,000 Individu Berjaya Daftar Sistem PADU

Diterbitkan Januari 4, 2024 ยท Dikemas kini Januari 4, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini memaklumkan seramai 455,136 individu telah berjaya mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat jam 9.00 pagi, 4 Januari 2024.

Berkaitan

  • Kerajaan Saran Kemas Kini PADU Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April

Pendaftaran PADU dibuka bermula 2 Januari sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan pengguna mendaftar dan mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti maklumat asas, isi rumah, pekerjaan dan lain-lain.

Lebih 450,000 Individu Berjaya Daftar Sistem PADU

Untuk makluman, sistem PADU dilancarkan dengan tujuan menghentikan ketirisan dana bagi memastikan golongan yang sepatutnya layak tidak tercicir daripada menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi yang berkesan.

Pengguna tidak diwajibkan untuk mendaftar dan mengemas kini sistem PADU. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menyebabkan pengguna berisiko tidak menerima bantuan atau subsidi sekiranya layak.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk mendaftar dan mengemas kini PADU – boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan padu.gov.my atau di Pejabat Operasi Negeri DOSM dan PEDi terdekat.

Perlu diketahui, buat masa ini sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC (Electronic Know Your Customer) sahaja. Sementara pengintegrasian MyDigital ID dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.

Sumber: DOSM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY