Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-04T091021.214

Siri ‘AiO PC’ Acer Aspire C Kini Dilancar Dengan Intel AI Dan Kamera 1440p

Diterbitkan Jun 4, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Acer telah melancarkan 2 model peranti PC semua dalam satu (AiO) terbaru daripada siri Acer Aspire C dengan kelengkapan ciri Intel AI yang berbeza dari sudut saiz panel skrin, versi 24 inci dan 27 inci.

Siri ‘AiO PC’ Acer Aspire C Kini Dilancar Dengan Intel AI Dan Kamera 1440p
Foto: Aspire C24 (kiri) dan Aspire C27 (kanan)

Kedua-dua peranti PC AiO tersebut dilengkapi dengan pilihan cip pemprosesan sehingga Intel Core Ultra 7 dengan padanan ciri Intel AI Boost.

Selain itu, ia juga menggunakan kad grafik Intel Graphics, memori 32GB DDR5, 2TB storan SSD PCIe Gen 4 serta menjalankan sistem operasi Windows 11 Pro/Home.

Skrin pula hadir dengan jenis IPS LCD 24/ 27 inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080) pada nisbah 16:9 bagi kedua-dua model.

Kelengkapan lain yang hadir adalah kamera web QHD 1440p 5.0MP, Acer AI PurifiedVoice, Wi-Fi 7, Bluetooth 5, slot HDMI dan slot USB-C 3.2 Gen 2.

Harga yang ditetapkan untuk dua model ini adalah seperti di bawah namun ketersediaannya di pasaran tempatan masih belum lagi diketahui.

  • Acer Aspire C27 (C27-195ES) = EUR999 (~RM5,121.67)
  • Acer Aspire C24 (C24-195ES) = EUR899 (~RM4,608.99)

Beli produk Acer di:

Shopee – https://invl.io/cll0z37

Lazada – https://invol.co/cll0z3h

{suggest}

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY