Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-21T115954.008

Acer Swift 14 AI Kini Dikuasakan Cip Snapdragon

Diterbitkan Mei 21, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, Acer telah melancarkan produk komputer riba yang terbaru dengan penerapan teknologi Copilot+ iaitu Acer Swift 14 AI. Ia juga dihasilkan atas kerjasama Microsoft dan Qualcomm Technologies, Inc.

Screenshot 2024-05-21 112650

Untuk pengetahuan anda, peranti ini hadir dengan dua pilihan cip pemprosesan, Snapdragon X Elite (12 teras, 3.4 GHz) atau Snapdragon X Plus (10 teras, 3.4 GHz).

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kad grafik Adreno 3.8 TFLOPS, memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB PCIe Gen 4.

Skrin pula adalah jenis LCD IPS 14.5 inci dengan resolusi WQXGA (2560 x 1600) dan kadar segar semula 120Hz.

Tambahan lagi, komputer riba ini mempunyai kamera QHD IR yang berkadar 1440P, dua pembesar suara DTS X Audio, bateri berkapasiti 75 Whr, dua USB-C, dua USB-A 3.2 Gen 1, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.

Ciri kecerdasan buatan pula terdiri daripada Microsoft Copilot+, AcerSense, Acer PurifiedVoice 2.0 dan Acer PurifiedView 2.0.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Dua 'Power Supply' MSI Diiktiraf PPLP, Terima Dua Anugerah Emas
  • nubia Focus Pro 5G Dilancar - Telefon Fokus Fotografi, Harga RM999
  • smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Beri Jarak Sehingga 455Km

Walaupun ketersediannya di Malaysia masih belum diketahui, Acer Swift 14 AI (SF14-11) akan mula tersedia di wilayah Amerika Utara pada bulan Julai 2024 dengan harga USD1,099 (~RM5,156.34).

Manakala, ia akan hadir di wilayah EMEA pada bulan Jun dengan harga EUR1,499 (~RM7,635.06).

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY