Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV

Cukai Jalan EV Akan 85% Lebih Murah Dari Kadar Sedia Ada, Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini memaklumkan, kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik akan ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik.

“Kadar bayaran LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori PBEV (kenderaan elektrik bateri) dan FCEV (kenderaan elektrik sel bahan api)”.

Beliau juga berkata, semua kadar bayaran untuk kenderaan ZEV akan dikaji semula sekurang-kurangnya setiap 5 tahun bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif peralihan kepada ZEV serta kesan kepada hasil kerajaan.

Menteri itu berkata, bayaran baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah daripada kadar sedia ada yang bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan kenderaan ZEV.

Pelaksanaan cukai jalan EV baharu ini akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026 nanti.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • 5 'Dashcam' Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda
  • PDRM Nasihat Pengguna Android Hati-Hati Dengan Fail (.APK) Jemputan Kahwin

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY