Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s Distribution Center enables warehouse team to handle higher volumes with greater consistency

Lebih 160 Robot Pacu Pusat Pengedaran Ubatan BIG CARING Di Klang

Diterbitkan April 9, 2026 oleh ariff bukhari

Rangkaian farmasi terbesar di Malaysia dengan lebih 600 cawangan, BIG CARING Group telah melancarkan Pusat Pengedaran berpacukan automasi baharu di Klang bersama ibu pejabat korporat berpusat.

Transformasi besar dalam operasi dan rantaian bekalan syarikat ini adalah hasil iktibar daripada pandemik Covid-19 yang mendedahkan keterbatasan model operasi tradisional yang dipraktikkan sebelum ini.

Fasiliti serba moden ini menggabungkan robotik, sistem kawalan gudang dan platform pengurusan inventori dalam satu ekosistem terselaras.

Over 160 robots support faster fulfilment with picking efficiency improved by 76.5% and picking accuracy reaching 99.8%

Lokasinya yang berhampiran Pelabuhan Klang meningkatkan kecekapan rantaian bekalan masuk dan menyokong pengedaran lebih pantas serta boleh diandalkan.

Di peringkat huluan  (upstream), sistem pengisian semula pintar dipacu AI menganalisis corak jualan masa nyata, menjangka perubahan permintaan dan mengoptimumkan inventori.

Di peringkat hiliran (downstream) pula beroperasi dengan sistem Tote-to-Person, Shelf-to-Person dan penyelesaian berkelajuan tinggi untuk produk ubat-ubatan.

BIG CARING Group’s Distribution Centre utilises over 700 racks to support higher storage density through optimised vertical space

Secara keseluruhan, lebih 160 robot dan 700 rak beroperasi dalam sistem ini, menyokong kepadatan simpanan yang lebih tinggi melalui penggunaan ruang menegak secara optimum serta memenuhi pesanan dengan lebih pantas.

Hasilnya, kecekapan pengambilan meningkat 76.5% dengan ketepatan 99.8%.

‘s automated-driven Distribution Centre

Pendekatan “barangan dihantar terus kepada pekerja” turut mengurangkan beban fizikal dan meningkatkan produktiviti pasukan gudang.

BIG CARING Group menyatakan bertekad membina rantaian bekalan masa depan yang lebih pantas, tepat, fleksibel dan berdaya tahan sebagai tonggak inovasi penjagaan kesihatan di Asia Tenggara.

Berkaitan

  • SPX Express Lancar Pusat Logistik Pintar Dengan Teknologi AI Dan IoT Di Bukit Raja
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • MYDIN Bina Pusat Pengedaran Automasi Terbesar Malaysia Di Elmina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY