Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa 20 Minit

Diterbitkan Oktober 12, 2018 oleh Haikel Areff

Honor 8X telah mula didagangkan di pasaran tempatan hari ini. Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Honor Malaysia telah mengadakan promosi atas talian di laman Shopee dan Hihonor bermula dari 9 pagi tadi.

Sold out 1000 FB post-01

Menariknya, Honor telah berjaya menjual lebih dari 1,000 unit peranti berkenaan hanya dalam masa 20 minit sahaja. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pengguna yang mendapatkan Honor 8X melalui dua platform tersebut hari ini, antaranya termasuk satu unit Honor Band 3 yang bernilai RM119.

Promosi ini dijalankan selama satu hari untuk hari ini. Namun bagi anda yang terlepas untuk mendapatkannya, anda boleh menyertai roadshow dan promosi dua hari yang akan berlangsung di MyTown Shopping Centre, Klang Parade, Prangin Mall dan Sutera Mall pada 13 dan 14 Oktober ini.

Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa 20 Minit

Honor 8X merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang dikuasakan dengan cip Kirin 710, dwi-kamera utama 20MP+16MP, kamera swafoto 16MP serta nisbah skrin-pada-badan peranti sehingga 91%.

Ia ditawarkan pada harga RM949 dan bakal hadir dengan dua variasi warna iaitu warna hitam dan biru. Maka, bagi anda yang berminat mendapatkanya, jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan Honor 8X sementara promosi masih berjalan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

*hadiah adalah terhad, dapatkan sementara stok masih ada

Kemaskini : Honor 8X untuk promosi hari ini sudah habis dijual

 

Sumber : Honor Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY