Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

Lebih 1 Daripada 5 Kereta Global Yang Terjual Pada 2024 Adalah EV

Diterbitkan Jun 3, 2025 · Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data daripada laman Our World in Data yang menjejak data global kenderaan elektrik menunjukkan, secara global, lebih 1 daripada 5 (22%) kereta baru yang dijual pada tahun 2024 adalah elektrik.

Perkongsian peratusan jualan EV global ini dipacu oleh Norway yang mencatatkan jualan EV tertinggi pada tahun itu iaitu sebanyak 92% dan di China iaitu hampir 50%.

Jualan EV itu pula meliputi kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Lebih 1 Daripada 5 Kereta Global Yang Terjual Pada 2024 Adalah EV

Menurut laporan itu lagi, kini terdapat hampir 60 juta kereta elektrik yang sedang digunakan di seluruh dunia dengan angka ini berkembang dengan pantas.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2022, jumlah kereta elektrik di seluruh dunia hanya sebanyak 26 juta.

Lebih 1 Daripada 5 Kereta Global Yang Terjual Pada 2024 Adalah EV
Lebih 1 Daripada 5 Kereta Global Yang Terjual Pada 2024 Adalah EV
Jualan kenderaan elektrik global vs jualan kereta dengan enjin pembakaran dalaman ICE pada tahun 2024.

Laporan terkini ini dikemas kini pada bulan Mei 2025 yang berdasarkan data terkumpul 30 buah negara yang diperoleh daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pengguna Android Dengan Cip Qualcomm Terjejas 3 Isu Pepijat Kritikal
  • Elak Masalah Sambungan, Microsoft Wajibkan USB-C Standard Untuk 'Laptop' Windows Baharu

Sumber: Our World in Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY