Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm_Help Net Security

Pengguna Android Dengan Cip Qualcomm Terjejas 3 Isu Pepijat Kritikal

Diterbitkan Jun 3, 2025 ยท Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh ariff bukhari

Qualcomm mengeluarkan amaran bahawa penggodam mungkin sedang mengambil kesempatan terhadap tiga kelemahan serius dalam cip pemproses mereka.

Kelemahan ini melibatkan cip popular mereka termasuklah Snapdragon 888 (2021), 8 Gen 2 (2022) dan 8 Gen 3 (2023).

Isu kelemahan ini berlaku pada unit grafik Adreno yang membolehkan penggodam mengeksploitasi masalah ini dengan mengakses secara fizikal ke telefon yang disasarkan.

Qualcomm dalam satu kenyataan menyatakan,

“Terdapat petunjuk dari Kumpulan Analisis Ancaman Google bahawa CVE-2025-21479, CVE-2025-21480, CVE-2025-27038 mungkin sedang dieksploitasi secara terhad dan bersasar. Pembaikan untuk isu yang mempengaruhi pemacu Unit Pemprosesan Grafik (GPU) Adreno telah disediakan kepada OEM pada bulan Mei bersama dengan cadangan untuk melaksanakan kemas kini pada peranti yang terjejas secepat mungkin.”

Dua kelemahan pertama melibatkan isu arahan tidak dibenarkan dalam memori grafik, manakala yang ketiga melibatkan masalah memori dalam pelayar Chrome.

Isu terakhir itu hanya menjejaskan cip peringkat rendah seperti Snapdragon 680 dan Snapdragon 6 Gen 1.

Qualcomm telah keluarkan kemas kini keselamatan pada Mei lalu, dan pengguna Android perlu pastikan telefon mereka telah dikemas kini selepas tampalan bagi mengatasi isu ini telah dikongsikan bersama pengeluar OEM seperti Samsung, Xiaomi, dan lain-lain.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 - 8 Tahun
  • Sehingga 20 iPhone Digunakan Serentak Untuk Penggambaran 28 Years Later

Sumber: Security Bulletins Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
  • Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 - Tiket Mula Dijual Pertengahan November
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
©2026 WISER.MY